Video : Anwar beri amaran pada Menteri PH beliau akan bersama pembangkang

Video : Anwar beri amaran pada Menteri PH beliau akan bersama pembangkang

Video : Anwar beri amaran pada Menteri PH beliau akan bersama pembangkang

Video : Anwar beri amaran pada Menteri PH beliau akan bersama pembangkang
Video : Anwar beri amaran pada Menteri PH beliau akan bersama pembangkang

Selepas mengambil alih Malaysia Anwar dibebaskan serta merta dan pelbagai kisah suka dan duka dikongsikan oleh beliau semasa dalam tahanan.

Anwar ibrahim juga telah menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR apabila jawatan itu tidak dicabar oleh mana-mana pemimpin dalam PKR

ARTIKEL MENARIK: Kita terpaksa tutup Klinik 1 Malaysia


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk bersama pembangkang seandainya menteri sedia ada hari ini melakukan penyelewengan dalam pentadbiran.

Ketua Umum itu menegaskan, ia langkah mengelak salah guna kuasa yang boleh menjadi senjata kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan.

“Sekarang saya hendak ingatkan menteri, giliran pembangkang untuk membaca laporan audit dan saya yang akan masuk Parlimen dalam masa singkat ini, kalau menang.

“Kalau serangan pembangkang itu tepat dan ada kerosakan dan penyelewengan dan kecuaian menteri, saya akan bersama dengan pembangkang untuk turut menyerang,” katanya semasa berucap pada majlis penutup Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.

Anwar sebelum ini membayangkan kemungkinan kembali semula menjadi Ahli Parlimen menjelang akhir tahun ini.


Bagaimanapun, beliau belum membuat keputusan mengenai kerusi Parlimen yang ingin beliau tandingi dalam pilihan raya kecil (PRK).


Anwar akan tanding kerusi Parlimen – Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru diangkat semalam akan bertanding merebut kerusi ahli Parlimen.

Pengesahan ini dibuat isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Anwar akan bertanding kerusi Parlimen.”Bagaimanapun, Parlimen mana-mana itu terpulang,” katanya ringkas ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Walau bagaimanapun, tegasnya, semua jawatan yang digalasnya tidak akan dilepaskan bagi memberi laluan kepada suaminya.

“Memang tidak. Insya-Allah (akan kekalkan jawatan semua jawatan termasuk sebagai Ahli Parlimen Pandan,” ujarnya.

“Pelantikan Anwar (Presiden PKR) Alhamdulillah,” ujarnya.

Semalam, Anwar menang tanpa bertanding bagi kerusi presiden PKR selepas tempoh pencalonan ditutup jam 5 petang.

Anwar menang bagi jawatan presiden kerana tiada individu lain yang mencabar beliau.

Kredit : HelangMerah.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post