Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan notis mengarahkan penganjur Lavidacoin untuk menghentikan semua aktiviti promosi berkaitan LaVida Coin berkuat kuasa serta merta, sementara menunggu semakan lanjut oleh pengawal selia itu berhubung perkara tersebut.
Suruhanjaya Sekuriti arah hentikan promosi Lavida Coin |
“Pelabur diingatkan berhati-hati dan mengambil langkah wajar sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan, terutamanya yang melibatkan mata wang kripto dan token digital,” menurut SC dalam kenyataan hari ini.
Katanya DSV Crypto Club, LUX Galaxies dan VI Profit Galaxy, yang didapati mempromosikan LaVida Coin, turut dimasukkan dalam Senarai Amaran Pelabur SC yang dipaparkan di www.sc.com.my.
ARTIKEL MENARIK: Model Melayu bantah pesalah LGBT disebat di khalayak ramai
Pada 29 Ogos, Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies), pengendali terbitan mata wang kripto LaVida Coin, dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan bank pusat itu.
Mata wang kripto itu dilancarkan oleh ratu kosmetik Datuk Seri Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.
Suruhanjaya Sekuriti sedang teliti Lavida Coin
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti maklumat sedia ada mengenai Lavida Coin bagi menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti.
Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata ini berikutan pihaknya menerima pertanyaan mengenai penerbitan kertas putih bagi penawaran Lavida Coin kepada orang ramai.
“Kertas putih tersebut mendakwa bahawa Lavida Coin ditawarkan sebagai satu inisiatif pembiayaan swasta untuk pengumpulan modal/dana bagi pembangunan tiga projek.
“Kertas putih tersebut juga mendakwa bahawa hanya melalui pembiayaan ramai sahaja yang dapat memenuhi keperluan pembiayaan itu,” kata SC.
Sehubungan itu, SC menasihati orang ramai untuk mengambil langkah sewajarnya dan berwaspada terhadap risiko terlibat dalam mana-mana skim pelaburan, terutama skim membabitkan mata wang kripto dan token digital.
Sumber: Mkini
Post a Comment