Najib Dalam Lokap, Luahan Dua Anak Menyayat Hati, “Ia Menyakitkan Kerana Saya Tak Berada Di Sisimu”

Najib Dalam Lokap, Luahan Dua Anak Menyayat Hati, “Ia Menyakitkan Kerana Saya Tak Berada Di Sisimu”

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Rabu dan ia pastinya mengundang kesedihan buat keluarganya, terutama anak-anak.

Najib Dalam Lokap, Luahan Dua Anak Menyayat Hati, “Ia Menyakitkan Kerana Saya Tak Berada Di Sisimu”
Najib Dalam Lokap, Luahan Dua Anak Menyayat Hati, “Ia Menyakitkan Kerana Saya Tak Berada Di Sisimu”

Anak bongsu Najib, Norashman menerusi laman sosial meluahkan emosinya di saat dia setia menunggu bapa kesayangannya yang sedang ditahan ketika ini.

“Saya duduk di sini di luar tempat penahanan ayah saya dipenuhi dengan kebimbangan. Saya tidak dapat membayangkan kesusahan yang kamu hadapi di dalam sana.

ARTIKEL MENARIK: Tun M Dah ‘Buang’ Kita, Sekarang Ini KIta Dah Tiada Hala Tuju Sebab Itu Kita Perlukan Anwar. Ini Sebabnya Kenapa Nazri Bercakap Begitu


“(Saya) berdoa kamu diberi layanan yang adil dan untuk undang-undang Malaysia perlu ditegakkan,” katanya menerusi laman sosial Instagram, Rabu malam.

Status yang dikongsikan Norashman dimuat naik bersama gambar bekas perdana menteri itu bersama hidangan yong tau foo.


“Tidak sabar untuk membawa kamu ke tempat kegemaran yong tau foo bila kamu dibebaskan ayah,” katanya.

174b4b4beeac49999900f1ed3c510ac5.ashx?la

Sementara itu, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa turut mengundang hiba netizen menerusi perkongsiannya yang menyayat hati.

“Daddy (panggilan buat Najib) sebelum saya tidur, saya menghantar gambar saya dan Adam (Adam Razak, cucu Najib) mendoakan yang terbaik dalam perjumpaan kamu di SPRM pada pukul 3 petang (waktu Malaysia).

“Kamu tidak membaca atau membalas mesej saya dan kemudian pada pukul 5 pagi, Ashman (panggilan buat Norashman) menghubungi saya untuk memaklumkan mereka telah menahan kamu, sekali lagi.


“Ia menyakitkan kerana saya berada di seberang dunia dan tidak di sana di sisimu.... tetapi kamu sentiasa menegaskan bahawa jangan melepaskan (pengajian) Harvard, tanpa mengira betapa sukarnya keadaan yang berlaku,” katanya.

3adcb82fe8004ab9bf9d6e7a24cc4a00.ashx?la

Nooryana Najwa yang menyatakan sukar untuk tidur kerana terlalu memikirkan keadaan bapanya, ibu Datin Seri Rosmah Mansor dan Norashman, mendoakan kesejahteraan Najib yang bakal dihadapkan ke mahkamah pada Khamis.

Pada petang Rabu, Najib ditahan oleh SPRM berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan dana RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi beliau.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, bekas perdana menteri itu ditahan pada pukul 4.13 petang Rabu di ibu pejabat suruhanjaya tersebut di Putrajaya.

Najib akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, pukul 3 petang untuk pertuduhan.

Sumber: Mstar Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post