TUN Dr Mahathir Mohamad didakwa mahu menampar Datuk Seri Najib Razak berikutan terlalu banyak penyelewengan serta kerosakan dilakukan semasa era bekas Perdana Menteri itu.
Setiausaha Politik dakwa Tun M nak ‘tempeleng’ Najib |
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Muhammad Zahid Md Arip mendakwa, Dr Mahathir naik angin dan berang selepas satu demi satu penyelewengan Najib diketahuinya, berikutan kejayaan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional (BN).
“Dr Mahathir bukan orang yang garang, saya tahu sikapnya bukan garang, namun jika beliau sendiri menyatakan hasrat menampar Najib kesan daripada kerosakan yang dilakukan terhadap negara ini, anda dapat bayangkan bagaimana kecewanya beliau.
ARTIKEL MENARIK: Kajian dapati Rakyat Puas Hati Pencapaian 100 Hari K’jaan PH – Tun Mahathir
“Sampai begitu sekali marahnya Dr Mahathir sehingga mahu tampar Najib,” katanya ketika berucap di Majlis Suai Kenal Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sarawak Bersama Menteri Pembangunan Usahawan, di Kuching hari ini.
Muhammad Zahid yang juga Ahli Pimpinan Tertinggi PPBM mendakwa, banyak lagi kerosakan yang dilakukan Najib dan kepimpinannya yang tidak dapat didedahkan secara menyeluruh kerana memberi implikasi sangat negatif kepada negara.
“Saya baru-baru ini angkat sumpah dan angkat sumpah bukan benda main-main, sumpah simpan rahsia yang dibawa kepada saya yang tidak dapat didedahkan kepada umum, melainkan dengan perkenan khas daripada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuang pegawai dan kakitangan kerajaan walaupun mereka mempunyai pendirian berbeza terhadap perubahan kerajaan baharu.
“Kita hormati pendirian mereka, tetapi bagi menyeleweng termasuk yang melakukan onar dengan terbabit dalam rasuah, itu kita tidak bagi muka,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Zahid berkata, kerajaan hari ini tidak berniat bermusuh dengan sesiapa termasuk pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.
“Ketua Menteri adalah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan parti itu adalah anggota Barisan Nasional (BN) yang dulunya waktu kita bertanding beliau tentang kita.
“Kita masih mengunjungi hormat terhadap beliau kerana kita hormat struktur kepimpinan negeri,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata PPBM tidak perlu bergaduh dengan kerajaan negeri kerana amalan demokrasi diamalkan di Sarawak.
“Justeru, PPBM ingin mengkaji lebih lanjut potensi dan sambutan rakyat tempatan terhadap cadangan PPBM ke negeri ini. Kita tidak mahu tergopoh-gapah,” katanya.
Kredit : Wowberita
Post a Comment