Permintaan tinggi, Munafik 2 ditayang setiap 15 minit

Permintaan tinggi, Munafik 2 ditayang setiap 15 minit

KUALA LUMPUR – Sama seperti filem pecah panggung Hollywood yang lain, kali ini Munafik 2 pula diberi slot tayangan banyak oleh pawagam tempatan.

Permintaan tinggi, Munafik 2 ditayang setiap 15 minit
Permintaan tinggi, Munafik 2 ditayang setiap 15 minit

Sebanyak 31 slot tersedia di panggung wayang GSC Alamanda Putrajaya dengan selisih masa tayangan hanya 15 minit.

Perkara tersebut dikongsi oleh pelakon utama filem arahan Syamsul Yusof itu, Maya Karin menerusi akaun Instagramnya.

Sejak ditayangkan, Munafik 2 telah meraih kutipan tiket sebanyak RM2.05 juta, sekaligus menjadikan filem berkenaan sebagai filem dengan kutipan tertinggi pada hari pengenalan.

ARTIKEL MENARIK: ‘Salah ke dilahirkan lembut, pakai macam perempuan?’ – Faiz Roslan


Sebelum ini, filem Hantu Kak Limah yang berjaya mengutip RM32.5 juta juga turut diberi slot tayangan serupa.

Selain Maya, Munafik 2 turut dibintangi oleh Syamsul Yusof, Nasir Bilal Khan dan Fizz Fairuz. – K! ONLINE



Kredit : Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post