Faiz Roslan sebelum ini memang terkenal dan viral dengan video-video parodinya dan salah satu yang paling mendapat perhatian adalah parodi Pematah Hati nyanyian Nabila Razali.
‘Salah ke dilahirkan lembut, pakai macam perempuan?’ – Faiz Roslan |
Disebabkan selalu memakai pakaian wanita dan mengenakan solekan, dia juga pernah ditegur oleh pendakwah, Da’i Wan yang menyatakan perbuatan tersebut adalah haram dan dilarang sama sekali.
Baru-baru ini salah seorang netizen memuat naik status menyatakan yang Faiz Roslan yang sekarang adalah sangat berbeza dengan yang dahulu.
ARTIKEL MENARIK: Maaf tak boleh basuh maruah saya yang dah hancur berkecai – Dato Seri Vida
Perubahan Faiz ini tidak disenangi memandangkan dahulu dia adalah seorang yang lucu dan bukan melebih-lebih seperti sekarang ini.
Rata-rata netizen bersetuju yang Faiz Roslan semakin berani bersuara walaupun terang-terangan ianya salah di sisi Islam.
Ramai marah dengan kenyataan Faiz yang tegas tidak mahu memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.
Da’i Wan yang dulu pernah menegurnya menegaskan supaya memberi Faiz Roslan masa dan jika nak menegur perlu ada cara yang betul.
Doakan jela Faiz Roslan ini berubah dan doakan yang baik-baik untuk dia. -CARI
Kredit : Wowberita
Post a Comment