Najib Dakwa Kelantan Miskin Sebab Tun Mahathir

Najib Dakwa Kelantan Miskin Sebab Tun Mahathir

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Kelantan adalah antara negeri paling miskin ekoran tindakan kerajaan BN terdahulu di bawah kepimpinan Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib Dakwa Kelantan Miskin Sebab Tun Mahathir
Najib Dakwa Kelantan Miskin Sebab Tun Mahathir

Najib berkata, Perdana Menteri ke-4 berkenaan yang menghentikan projek-projek pembangunan dan keperluan asas kerana ia jatuh di bawah kepimpinan parti lain pada 1990, sehingga tiada satu pun lebuhraya atau infrastruktur air bersih yang sempurna di negeri berkenaan.

Menurutnya, tindakan berkenaan menjadikan sumber pendapatan kerajaan Negeri (Kelantan) adalah terhad.

ARTIKEL MENARIK: Najib Dakwa Peminjam Tak Bayar PTPTN Sebab Hasutan PH


“Saya kurang senang dengan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan media khususnya untuk memburukkan dan menegur negeri Kelantan untuk kurangkan pergantungan kepada kerajaan persekutuan.

“Guan Eng berkata Negeri Kelantan adalah penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2013 hingga 2017 dan tidak patut lagi bergantung kepada Kerajaan Persekutuan,” kongsinya di Facebook peribadinya, hari ini.

Najib berkata, tidak dapat dinafikan Kelantan adalah antara negeri paling miskin sekarang tetapi ini ekoran tindakan kerajaan BN terdahulu di bawah PM ke-4.

Menurutnya, semasa beliau menjadi Perdana Menteri, dia banyak menyalurkan peruntukan bagi memperbetulkan dan membangunkan negeri Kelantan baik dari segi infrastruktur pengangkutan (lebuhraya CSR, ECRL yang telah dibatalkan oleh PH), pembantuan fiskal, infrastruktur air, projek kumbahan (yang juga telah dibatalkan oleh PH baru-baru ini) ataupun penebatan banjir.


“Tidak kira negeri itu di bawah parti pemerintah di Putrajaya ataupun tidak, kita tak patut pinggirkan mereka atas semangat 1Malaysia.


“Walaupun negeri Pulau Pinang antara negeri yang paling maju dalam Malaysia sekian lama, saya juga telah menyalurkan dana RM650 juta bagi penstrukturan semula bekalan air dan geran RM1.3 bilion bagi memperbesarkan empangan Mengkuang,” katanya.

Menurutnya, bantuan RM650 juta dari kerajaan persekutuan inilah yang sering disalahguna oleh kerajaan DAP sejak 2011, kononnya mereka (DAP) berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 95 peratus dan kononnya pandai mentadbir manakala BN tidak pandai.”Tiada salah untuk negeri yang telah berjaya untuk menolong negeri yang kurang berjaya,” katanya.

“Kerajaan PH sudah banyak membantu peniaga yang suka mengelak cukai, ekonomi gelap dan orang kaya yang kebanyakan di negeri yang kaya. Mengapa pula negeri yang miskin tidak mahu ditolong?

Najib berkata, yang miskin tidak patut dikecam mengapa mereka miskin dan dihukum dengan alasan tidak mahu menolong mereka lagi kerana mereka masih miskin.

”Sebaliknya, mereka patut dibantu dengan lebih banyak. Bukan dihukum atau dimarah,” tegasnya.

Sabtu lalu, Guan Eng menyatakan kerajaan Negeri Kelantan merupakan penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM913 juta.

Guan Eng berkata, sejak 2013 hingga 2017, Kelantan menerima sebanyak RM363 juta bantuan kewangan defisit, yang merupakan pemberian kepada negeri-negeri yang menghadapi kekurangan wang dalam akaun mengurus.

Menurutnya, kerajaan Persekutuan berharap kerajaan Negeri Kelantan dapat mengurus hal ehwal kewangan negeri dengan lebih bertanggungjawab dan berhemah seperti yang dinyatakan Dr Mahathir, selain meningkatkan hasil secara profesional dan sistematik bagi mengurangkan kebergantungan kepada Kerajaan Persekutuan.

Sumber: Sinar Harian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post