Angkatlah Maszlee jadi pengerusi tapi bukan di UIA

Angkatlah Maszlee jadi pengerusi tapi bukan di UIA

Angkatlah Maszlee jadi pengerusi tapi bukan di UIA

Angkatlah Maszlee jadi pengerusi tapi bukan di UIA
Angkatlah Maszlee jadi pengerusi tapi bukan di UIA

*Video diatas sekadar hiasan. Artikel penuh dibawah

Dr Maszlee Malik itu mungkin menteri pendidikan tetapi sebelum masuk politik yang aktif dia ialah pensyarah junior Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Lima bulan selepas meninggalkan kampus dia dilantik menjadi pengerusi universiti itu. Terkejutlah sekelian profesor dan syeikh kanan UIA itu untuk berketuakan seorang budak di situ dulu.

ARTIKEL MENARIK: Lokman tersangat yakin Perdana Menteri sendiri akan turun padang halang Anwar menang PRK


Ia mengingatkan saya kepada pengetua Maktab Melayu Kuala Kangsar mengundang almarhum Tun Hussein Onn sebagai tetamu pada hari terbukanya.

Almarhum ialah menteri. Saya tidak pasti menteri apa. Sesuai dengan martabat sekolah berprestij itu, tentulah dia menteri pelajaran ketika itu.

Berbesar hatilah sekolah itu dan masyarakat Kuala Kangsar atas persetujuan orang sepenting Hussein menjadi tetamu sekolah yang dalam sejarahnya mengeluarkan ramai pemimpin dan pembesar kerajaan.

Tiba hari tersebut dikirim Hussein anaknya Hishammuddin untuk mewakilinya. Bukan luar biasa perdana menteri dan menteri digantikan oleh isteri atau anak di majlis seperti itu.

Tapi bagi maktab Melayu itu Hishammuddin ialah bekas pelajar di situ dulu. Dia mungkin pernah dirotan atau dihukum oleh guru-gurunya.

Tunggu 20 tahun

Apabila Hishammuddin mewakili bapanya – dan ketika itu dia pula belum ada kedudukan dalam masyarakat – maka pengetua dan guru-guru maktab menyambunya.

Dia duduk di pentas kehormat dan guru-gurunya duduk di bawah.

Mengikut adab guru-guru pondok, tidak sopan seorang tok guru duduk di bawah sedangkan murid duduk di atas. Setua mana pun bekas murid itu, dia mesti cium tangan tok guru.

Maka tularlah di Kuala Kangsar Hussein mewakilkan anaknya di situ. Dia boleh hantar timbalan menteri atau mana-mana pegawai kementerian.


Apa anda fikir? Bagi saya ia tidak patut.

Dan tidak patut juga Maszlee dijadikan ketua kepada profesor dan akademis kanan sedang dia dulu budak di situ. Jika Maszlee kekal menjadi pensyarah di situ, mungkin dia terpaksa tunggu 20 tahun untuk dapat status mahaguru.

Saya kira ia juga satu kejadian tidak patut.


Dr Mahathir itu orang yang teramat tua. Sewajarnya dia tidak mengangkat orang berhingus yang pernah jadi budak dalam masyarakat di UIA menjadi pengerusi.

Kalau untuk jawatan politik, tidaklah pelik budak Syed Saddiq jadi menteri.

Saya tidak peduli pelantikan itu selari dengan semangat manifesto atau tidak. Angkatlah Maszlee untuk jadi pengerusi apa saja di tempat lain, tetapi bukan jadi ketua profesor-profesor yang mungkin pernah mentakwil kerjanya.

Carilah orang lain

Dan Maszlee pula berdalih dia terima pelantikan justeru tidak mahu derhaka kepada raja yang memperkenankannya. Raja biasanya bukan melantik, bahkan memperkenan.

Maszlee sebagai anak muda pintar dan tinggi santun serta adab Islaminya justeru bergaul dan ada pengalaman dengan masyarakat ulama dan cerdk pandai Islam di situ.

Dia mesti pandang hormat kepada orang kanan di situ. Ada adab yang payah baginya berketuakan orang-orang di situ.

Orang sepintar dan sewibawanya boleh menasihati perdana menteri yang amat tua itu supaya carilah orang lain.

Sebagai menteri orang di situ wajar akur kepada dasar kerajaan dan menteri, tetapi tidak kena Maszlee jadi ketua kepada orang tua di situ.

Maszlee wajar cari hujah lebih kuat jika hendak mempertahankan pelantikanya, bukan berdalihkan raja.

Biarlah orang dulu saja yang suka bersandar kepada raja hingga kadang-kadang raja boleh rebah atas dalih remeh.

Kuasa pengerusi itu besar, termasuk menolak pandangan dan keputusan orang bawah. Macam mana adab Maszlee memveto orang yang dulu lebih kanan daripadanya?

SUBKY LATIF ialah wartawan veteran dan bekas anggota Jawatankuasa Pusat PAS. Tulisan ini disiarkan kali pertama di harakahdaily dengan judul Maszlee Itu Budak Di UIA.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sumber

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post