Makin Panas! Zarina Anjoulie pula dedah perbualan Whatsapp Fathia & Aiman

Makin Panas! Zarina Anjoulie pula dedah perbualan Whatsapp Fathia & Aiman

Makin Panas! Zarina Anjoulie pula dedah perbualan Whatsapp Fathia & Aiman

Makin Panas! Zarina Anjoulie pula dedah perbualan Whatsapp Fathia & Aiman
Makin Panas! Zarina Anjoulie pula dedah perbualan Whatsapp Fathia & Aiman

Selepas perang status Instagram antara pelakon Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza, kawan baik Fathia, Zarina Anjoulie pula tampil menunjukkan bukti.

*Video sekadar hiasan. Artikel penuh di bawah

Tindakan pengarah Michael Ang dan aktres Sharifah Sakinah tampil mempertahankan aktor Aiman Hakim Ridza di laman sosial Instagram masing-masing mendapat perhatian pelakon Fathia Latiff.

ARTIKEL MENARIK: “Mengarut, Kenapa biar kerajaan dera Najib?” – Bekas Penyanyi popular, Sahara Yaacob lantang pertahan Najib


Fathia meninggalkan komen pedas terhadap Michael dan Sakinah serta mahu mengajak dua selebriti itu bersemuka.



Dalam pada itu, rakan baik Fathia, pelakon Zarina Anjoulie juga turut meninggalkan komen di entri Instagram milik Sakinah mempertahankan sahabat baiknya.



Menerusi Instastories akaun Instagram peribadinya, Zarina menyiarkan bukti perbualan Whatsapp antara Fathia dan Aiman berhubung isu hutang.

“I don’t fight with girls, come and see me. Don’t ruin my relationship with my girl.

“Are you happy now buat I dengan kawan-kawan I gaduh and you keep on acting innocent. You are such a loser @aimanhakimredza,” tulisnya.

Malah Zarina turut terkilan dengan tindakan Sharifah Sakinah dan meminta maaf atas tindakan keterlaluan Fathia.

“Sakinah you are my friend, she is my friend. I bukan nak back up siapa-siapa but I saw the messages Aiman pasal duit tu.


“Nanti Anju screenshot send kat awak. But yes, maybe she took it too far by posting for that I minta maaf on behalf of her,” tambahnya.





Petang semalam, Fathia bertindak agresif dengan memuat naik sekeping gambar bekas teman lelakinya, Aiman, bersama kapsyen meminta semula duit yang dipinjam.

Bagaimanapun, selepas beberapa ketika pelakon itu memadamkan gambar berkenaan dan memuat naik puluhan gambar bersama keluarga.

Tindakan itu mendapat reaksi daripada rakan-rakan rapat Aiman termasuk Sharifah Sakinah dan Michael Ang.

Malah, Aiman sendiri mengemaskini entri Instagramnya dengan menjelaskan dia tidak pernah berhutang dengan sesiapa.

Sumber: Astro Gempak

“Aku tak pernah hutang dengan siapa-siapa, orang hutang aku ada” – Aiman Hakim jawab Fathia




PELAKON Aiman Hakim Ridza pada malam semalam tampil menjelaskan dakwaan dibuat bekas teman wanitanya, Fathia Latiff berhubung dakwaan dia masih belum melangsaikan hutang dengan aktres itu.

Aiman menerusi InstaStory di Instagram menegaskan dia tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak seperti tang didakwa bekas teman wanitanya.

Menerusi posting berbeza, Aiman tanpa menyebut nama sesiapa memberitahu ia sebenarnya adalah bisnes yang dikongsi dan seperti kebanyakan perniagaan lain ia ada keuntungan dan kerugian.

“Pertama sekali aku tak pernah hutang dengan siapa-siapa sebaliknya orang hutang aku ada. Ini adalah bisnes. Ia adalah kongsi. Ada keuntungan dan kerugian. Fakta!,” Tulisnya.



Aiman menegaskan dia tidak pernah berhutang dengan sesiapa.

Terdahulu, Fathia menerusi Instagram miliknya mendedahkan Aiman masih belum membayar hutangnya selain bertindak menyekat nombor telefonnya apabila dia meminta aktor itu membayar kembali wang tersebut.

Bagaimanapun Fathia tidak menyatakan jumlah wang yang dipinjam kepada Aiman.

Menjawab tuduhan itu, Aiman memberitahu alasan dia menyekat nombor telefon Fathia adalah disebabkan aktres itu merepek dan menggunakan kata-kata kesat walaupun dia bercakap dengan baik.

Bagaimanapun kata Aiman, dia meminta semua mendoakan yang terbaik buat Fathia selain menasihati pengikutnya agar menggunakan media sosial untuk perkara berfaedah.



Antara luahan lain Aiman di Instastory.

“Alasan aku ‘block’ adalah disebabkan you merepek dan mencarut walaupun aku bercakap dengan baik.

“Pada semua netizen yang positif terima kasih dan aku maafkan yang lain-lain tapi paling terbaik adalah gunakanlah media sosial sebagai benda berfaedah.

“Doakanlah benda yang baik untuk dia,” katanya.

Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015.

Bagaimanapun setahun selepas berpisah, Fathia pernah memberitahu hubungannya dengan Aiman kembali pulih sebagai kawan bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang melarang memutuskan silaturahim sesama manusia.


Sumber: mstar

Sakinah tampil pertahankan Aiman Hakim, selar tindakan Fathia



PENDEDAHAN pelakon Fathia Latiff yang mendakwa bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza masih belum melangsaikan hutang kepadanya menerusi Instagram pada petang Khamis mendapat perhatian rakan baik aktor itu, Sharifah Sakinah.

Sakinah secara terbuka menyelar tindakan Fathia itu di Instagram miliknya dan menegaskan dakwaan dibuat oleh pelakon itu adalah tidak benar.

Kata Sakinah, sepanjang berkawan baik dengan Aiman sejak lima tahun lalu, pelakon itu bukan seorang yang gemar berhutang atau pernah mempunyai masalah kewangan.

“Ini adalah luahan ikhlas dari hati. Jadi anda dengar apa yang ingin saya katakan, terutamanya kepada orang itu.

“Aiman sangat setia ketika berhubungan dengan anda, jadi saya tidak mengenalinya sangat ketika waktu itu tetapi selepas itu kami menjadi rakan baik selama lima tahun dan dia bukan individu sedemikian (tak bayar hutang) atau pernah mempunyai masalah dengan wang.



Sakinah tampil mempertahankan rakan baiknya di Instagram.

“Pada awalnya saya tidak mahu membuat komen di media sosial tetapi saya tidak mempunyai peluang untuk berjumpa dengan anda dan DM (mesej peribadi) tidak boleh memperbaiki masalah yang telah anda lakukan.

“Anda pilih untuk aibkan dia, jadi saya pilih untuk bercakap bagi mempertahankan reputasinya. Dakwaan ini tidak benar,” tulisnya.

Menerusi posting berkenaan, Fathia mendakwa Aiman menyekat panggilannya  apabila dia cuba meminta pelakon itu membayar kembali wang tersebut.

Status yang dimuat naik itu mendapat 10,000 like daripada pengikutnya namun Fathia bertindak memadam posting berkenaan setengah jam kemudian.

Dalam pada itu, Sakinah turut meninggalkan nasihat secara terbuka kepada sesiapa yang emosinya tidak stabil supaya jangan mendekati telefon mereka.



Fathia Latiff sudah memadam posting yang dibuat berkaitan bekas kekasihnya.

Ini kerana kata Sakinah, ia hanya membawa keburukan dan setiap apa yang dimuat naik di media sosial akan ada akibatnya.

“Apabila anda sedang dalam keadaan tidak stabil, sedih, marah, mabuk atau ‘high’ tolong jangan memuat naik apa-apa di sosial media.

“Jika sukar sangat nak melawan perasaan tu, jauhi diri daripada telefon anda untuk seketika, ia hanya akan membawa keburukan.

“Setiap apa yang kita muat naik ada akibatnya, dan posting ini adalah akibat yang tidak menyenangkan kepada posting anda,” tulisnya.

Sumber: mstar

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post