Lim Guan Eng Ada Agenda Tersembunyi Terhadap Kelantan

Lim Guan Eng Ada Agenda Tersembunyi Terhadap Kelantan

KOTA BHARU – Tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng didakwa sengaja memperbesarkan mengenai sumbangan yang diterima Kelantan daripada kerajaan pusat dilihat seperti mempunyai agenda tersendiri.

Lim Guan Eng Ada Agenda Tersembunyi Terhadap Kelantan
Lim Guan Eng Ada Agenda Tersembunyi Terhadap Kelantan

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri ada menerima bantuan daripada pusat seperti negeri lain yang tidak terkecuali di Malaysia.

“Bagaimanapun, kita memang sangat berhemah dengan berbelanja. Kita ambil pesanan Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat), belanja jangan sampai boros, jimat jangan sampai jadi kedekut.

ARTIKEL MENARIK: Jangan Sampai Anak Dara Kita Kahwin Bangsa Asing - Tun Mahathir Bagi Amaran Pada MELAYU


“Itu pegangan kita. Sebab itu kita tengok kerajaan negeri ini mendapat anugerah pengurusan kewangan yang baik dari Audit Negara,” katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya, di sini.

Menurutnya, bukan sesuatu yang pelik jika Kelantan menerima bantuan daripada pusat kerana tiada negeri yang boleh bersendirian tanpa bantuan kerajaan persekutuan termasuklah Selangor, Pulau Pinang dan Johor yang berhutang sehingga RM600 juta dan berbilion ringgit.


“Jadi kita berada di landasan yang betul dalam pengurusan kewangan, cuma dalam segi hasil itu agak terbatas kerana kita tahu punca hasil Kelantan ini adalah amat terhad.



“Kalau tidak mahu Kelantan minta sumbangan dan peruntukan daripada pusat, maka kena bagilah royalti berjumlah RM700 juta setahun. Jadi kalau royalti ini dibayar mengikut perjanjian, maka banyak masalah yang dapat kita selesaikan di Kelantan ini.

Mohd Amar berkata, RM550 juta yang diperoleh Kelantan itu hanyalah pemberian yang berbentuk pinjaman.

“Dia kata pemberian tapi sebenarnya pinjaman yang dipotong mengikut peruntukan tahunan kita. Bukan bagi percuma. Defisit geran itu peruntukan yang ada dalam perlembagaan.

“Mana-mana negeri yang kekurangan wang pengurusan, kerajaan pusat mesti bagi. Itu peruntukan dalam perlembagaan. Kalau negeri itu ada masalah maka (mereka) akan dapat geran defisit,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post