SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta orang Melayu agar bekerja dalam pelbagai sektor walaupun ia tidak popular.
Jangan Sampai Anak Dara Kita Kahwin Bangsa Asing - Tun Mahathir Bagi Amaran Pada MELAYU |
Menurutnya, jika tidak sanggup bekerja, maka pekerja asing akan terus membanjiri negara ini.
Katanya, tanpa mereka negara ini tidak dapat dibangunkan.
ARTIKEL MENARIK: Doktor sahkan darah beku dalam peranakan! luahan sayu suami isteri meningg4l selepas 11 hari berpantang
"Jika kebanjiran ini membesar dan mereka tinggal lama di negara kita, secara tidak langsung atau secara langsung mereka akan memiliki negara kita. Anak dara kita akan berkahwin dengan mereka.
"Negara kita ini akan jadi lebih berbilang kaum dan kita pun akan undur ke pinggir hutan setelah menjual hartanah kita kepada orang lain," kata Pengerusi Bersatu itu ketika berucap sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kedua parti itu, malam ini.
Beliau berkata, sekiranya seseorang itu berhutang, ia perlu dibayar balik.
"Demikian hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Bukan banyak yang kita diminta bayar balik. Sedikit sahaja. Kita mampu. Kalaupun gaji kita hanya RM2,000 sebulan apakah sangat RM100 sebulan. Tetapi yang dapat lebih dari itu pun tidak bayar. Lokek.
"Walau apapun alasan yang diberikan, hakikatnya kita tidak bayar hutang. Bagi kita ini perkara kecil. Tetapi bagi bangsa kita, ia memburukkan kepercayaan kepada kita. Orang tidak suka bagi pinjaman kepada kita.
"Bank tidak sanggup memberi hutang kepada orang Melayu kerana percaya mereka tidak akan bayar. Maka bermasalahlah peniaga Melayu, sukar untuk meminjam modal. Maka marahlah kita kepada bank," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Post a Comment