KJ dedah sebab mengapa Mustapa Mohamed keluar UMNO. KJ juga sudah tidak tahan dengan sikap UMNO, ini sebabnya

KJ dedah sebab mengapa Mustapa Mohamed keluar UMNO. KJ juga sudah tidak tahan dengan sikap UMNO, ini sebabnya

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) menyifatkan keputusan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar UMNO disebabkan kerjasama parti itu dengan PAS.

KJ dedah sebab mengapa Mustapa Mohamed keluar UMNO. KJ juga sudah tidak tahan dengan sikap UMNO, ini sebabnya
KJ dedah sebab mengapa Mustapa Mohamed keluar UMNO. KJ juga sudah tidak tahan dengan sikap UMNO, ini sebabnya

Menerusi kemaskini Tweet di akaunnya, beliau mengakui turut menerima serangan daripada dalam partinya.

“Saya lantang dalam memperingatkan parti saya untuk menentang kerjasama dengan PAS.

ARTIKEL MENARIK: “Anwar bukan Raja, Tak nak lawan duduk tepi pakai baju hodoh tu!” KJ hentam habis-habisan


“Dan saya telah menerima padahnya dengan menerima serangan dari dalam parti selama ini.

“Sekarang kita telah kehilangan pemimpin dari dalam parti ini. Seorang yang bijak dan baik,” memetik Tweet itu.

Beliau turut menujukan sesuatu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi:
“This is on you, Mr President”
I have been vocal in cautioning my party against this alliance with PAS. And I bore the brunt of attacks from within. Now, we have lost a leading light of our party. A brilliant and good man. This is on you, Mr Presiden.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 18, 2018


Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum itu mengumumkan keluar daripada UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.

Dalam satu kenyataan beliau berkata keputusan itu dibuat setelah melakukan pemerhatian tentang landskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional serta masa depan negara.

“Berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.

“Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini,” jelasnya dalam kenyataan itu.

Mengapa Mustapa Mohamed umum keluar UMNO?

Mustapa Mohamed umum keluar UMNO


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar daripada UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.

Dalam satu kenyataan beliau berkata keputusan itu dibuat setelah melakukan pemerhatian tentang landskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional serta masa depan negara.

“Berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.

“Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini,” jelasnya dalam kenyataan itu.

Tambah beliau, hala tuju yang diambil UMNO ketika ini tidak selari lagi dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini dan tiada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.

“Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah 40 tahun berkhidmat parti ini,” katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabatnya di Jeli, Kelantan kepimpinan parti dan seluruh negara yang banyak membantu sepanjang beliau berkhidmat untuk UMNO.

Keputusan itu sekali gus melucutkan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan menjadi Ahli Parlimen bebas.

Katanya, beliau telah membuat pemerhatian tentang lanskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
“Berdasarkan kepada beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.
“Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini.,” ujarnya.

Tambah beliau, UMNO selaku peneraju Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata untuk menjadi relevan dalam dinamika politik nasional hari ini.

“Secara prinsipnya, pendirian politik saya adalah UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah. UMNO mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain.

“Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk,” memetik kenyataan itu.

Media difahamkan beliau berada di luar negara pada ketika ini.
sumber: astroawani

Sayu Tok Pa tinggalkan Miti, sekarang terpaks  tinggalkan UMNO
Sayu Tok Pa tinggalkan Miti…
Sayu Tok Pa tinggalkan Miti…
Posted by Sinar Harian on Sunday, 13 May 2018

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post