“Anwar bukan Raja, Tak nak lawan duduk tepi pakai baju hodoh tu!” KJ hentam habis-habisan

“Anwar bukan Raja, Tak nak lawan duduk tepi pakai baju hodoh tu!” KJ hentam habis-habisan

“Anwar bukan Raja, Tak nak lawan duduk tepi pakai baju hodoh tu!” KJ hentam habis-habisan

“Anwar bukan Raja, Tak nak lawan duduk tepi pakai baju hodoh tu!” KJ hentam habis-habisan
“Anwar bukan Raja, Tak nak lawan duduk tepi pakai baju hodoh tu!” KJ hentam habis-habisan

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin mahu Umno dan Barisan Nasional bertanding di pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson demi melawan “shameless political entitlement” walaupun bertanding di kerusi yang sukar untuk menang.

Video Sekadar Hiasan

Ahli Parlimen Rembau merujuk kepada cara ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan daripada kerusinya untuk membuka jalan kepada presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dan kembali ke Parlimen.

ARTIKEL MENARIK: Nurul Izzah Akan Cuba Buat Rayuan Bagi Pesalah Ganja Yang Akan Dihukum Gantung


“Kemahkotaan adalah untuk raja-raja. Dan Anwar bukanlah seorang raja,” katanya melalui tweet pada Isnin.

Seorang blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo membalas kenyataan Khairy dengan berkata, Umno tidak perlu bertanding dan biarkan sahaja Anwar menang.

“Tak perlu lawanlah Anwar tu. Biarlah dia menang. Tunggu dia jadi MP (ahli Parlimen), kemudian tengok siapa menang. Mahathir atau Anwar,” katanya.

Khairy kemudian membalas komen Papagomo dengan meminta blogger itu untuk diam.

“Tak nak lawan sudah. Awak duduk tepi sambil pakai baju gabungan Umno-PAS yang fugly (hodoh) tu. Jangan kacau orang yang nak lawan,” tulis Khairy.

Sementara itu, ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz berkata, dia ingin berkempen untuk Anwar kerana beliau yakin ia adalah yang terbaik untuk Umno untuk membuka laluan kepadanya kembali ke kerajaan.


Dakwa beliau, terdapat pandangan dalam kalangan ahli Parlimen Umno untuk kembali ke dalam kerajaan secepat mungkin.

“Satu-satunya cara (jadi kerajaan) adalah bekerjasama dengan PKR… jadi kita kena tunjukkan muhibbah… jika kita mahu membentuk kerajaan, biar Anwar menang,” katanya.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan Nazri adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili pendirian Umno dan Barisan Nasional. – The Star via Mstar Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post