KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini membidas tindakan hukuman sebatan yang dikenakan terhadap dua orang wanita atas dakwaan melakukan hubungan sejenis, di Terengganu.
Kes lesbian: Khairy bidas tindakan sebat di khalayak ramai |
Kedua-dua wanita yang berusia 32 dan 22 tahun itu dihukum sebat di hadapan lebih 150 orang ramai di dalam Dewan Bicara 2, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, pagi tadi.
ARTIKEL MENARIK: Mahathir pun terkejut Guan Eng lepas
“Islam teaches us to look after the dignity of every human being’ (Islam mengajar kita untuk menjaga martabat setiap umatnya,” ujar Khairy dalam Twitter peribadinya itu.
Banyak lagi cara untuk menangani isu LGBT. Walaupun termaktub dalam undang2, tak wajar dilaksanakan sebatan di khalayak ramai. Islam teaches us to look after the dignity of every human being. And that mercy is preferable to punishment. https://t.co/FqkTqeoZeA
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 3, 2018
Menerusi kejadian pada April lalu, dua wanita berusia 32 dan 22 tahun itu ditahan kerana cubaan melakukan hubungan sejenis dalam sebuah kereta di Dungun.
Selain hukuman sebat, mereka turut berdepan hukuman penjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda RM3,000 yang ditetapkan.
Kredit : wowberita
Post a Comment