Mahathir pun terkejut Guan Eng lepas

Mahathir pun terkejut Guan Eng lepas

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut terkejut dengan pengguguran pertuduhan kes rasuah melibatkan Lim Guan Eng berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Mahathir pun terkejut Guan Eng lepas
Mahathir pun terkejut Guan Eng lepas

Bernama dalam laporan ringkasnya menyatakan maklum balas beliau sebentar tadi.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan ringkasnya menyatakan “amat terkejut” dengan keputusan itu.

ARTIKEL MENARIK: SPRM amat terkejut Lim Guan Eng dilepas dan dibebaskan


Lim dan ahli perniagaan Phang Li Koon dibebaskan daripada dua pertuduhan rasuah mengenai dakwaan menukar status tanah negeri dan pembelian rumah banglo pada harga diskaun oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang awal hari ini.

Pembebasan tersebut selepas Pejabat Peguam Negara (AGC) menerima representasi daripada peguam kedua-dua tertuduh itu.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi menyifatkan keputusan itu sebagai titik hitam Malaysia baru di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), manakala Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) pula menggesa penjelasan telus SPRM dan AGC.


“Perkembangan dalam kes Lim memerlukan penjelasan telus dari SPRM dan AGC,” kata C4, sambil menjelaskan bahawa SPRM tidak boleh menolak tanggungjawab semata-mata kepada AGC dengan menyatakan rasa terkejutnya, tetapi (SPRM) perlu jelaskan kepada orang ramai, sebab-sebab pada peringkat awal pertuduhan itu dikenakan terhadap Lim.

Kredit : Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post