Keracunan Alkohol, Kematian Meningkat Kepada 15 Orang

Keracunan Alkohol, Kematian Meningkat Kepada 15 Orang

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 5 petang ini, 15 orang maut, manakala 33 lagi masih menerima rawatan di hospital akibat keracunan alkohol malam tadi.

Keracunan Alkohol, Kematian Meningkat Kepada 15 Orang
Keracunan Alkohol, Kematian Meningkat Kepada 15 Orang

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata kes itu membabitkan penduduk di sekitar Sungai Buloh, Gombak, Kajang, Klang Selatan dan Shah Alam.

"Di Sungai Buloh membabitkan 22 orang di mana tujuh daripadanya meninggal dunia, manakala 15 lagi masih menerima rawatan.

ARTIKEL MENARIK: Najib ditahan sebaik sahaja tiba di Ibu Pejabat SPRM. Beliau dijangka berdepan 6 lagi dakwaan


"Di Gombak pula, empat orang disahkan maut dan seorang masih diberikan rawatan, manakala di Kajang membabitkan 19 orang dengan empat meninggal dunia dan 15 masih menerima rawatan.


"Klang Selatan dan Shah Alam masing-masing merekodkan seorang mangsa yang masih menerima rawatan di hospital," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Terdahulu, Mazlan memaklumkan tujuh orang maut sementara 16 lagi dikejarkan ke hospital akibat keracunan minuman itu.

Dalam kejadian yang dilaporkan bermula sekitar jam 7 malam tadi, kesemua mangsa mengalami muntah teruk selepas disyaki mengambil arak daripada tiga jenama iaitu Mandalay Whiskey, King Fisher Beer dan Grand Royal Whiskey.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post