Najib ditahan sebaik sahaja tiba di Ibu Pejabat SPRM. Beliau dijangka berdepan 6 lagi dakwaan

Najib ditahan sebaik sahaja tiba di Ibu Pejabat SPRM. Beliau dijangka berdepan 6 lagi dakwaan

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan salah guna kuasa.

Najib ditahan sebaik sahaja tiba di Ibu Pejabat SPRM. Beliau dijangka berdepan 6 lagi dakwaan
Najib ditahan sebaik sahaja tiba di Ibu Pejabat SPRM. Beliau dijangka berdepan 6 lagi dakwaan

Difahamkan beliau akan dituduh mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 kerana menyalahgunakan kuasa.

Najib ditahan sebaik sahaja tiba di Ibu Pejabat SPRM jam 3 petang tadi.

ARTIKEL MENARIK: 'Hilang' Semua Jari Kaki Selepas Rendam Kaki Di SPA Ikan


Dikatakan pertubuhan itu ada kaitan dengan kes ‘wang derma’ sebanyak RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib dijangka berdepan 6 lagi dakwaan

bf7817b391d7d0b79ea343810b24f9bf.jpeg

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan dibawa ke mahkamah sekali lagi untuk berdepan dakwaan berhubung skandal 1MDB, kata sumber.

Tarikh Najib hadir ke mahkamah kemungkinan adalah beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung Umno yang dikatakan akan diadakan pada 29 dan 30 Sept.

Sumber polis yang rapat dengan perkembangan siasatan kes itu berkata Najib mungkin berdepan sehingga enam pertuduhan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Aktiviti Keganasan 2001 (Amla) dalam tempoh kurang daripada dua minggu.

Sebelum ini, bekas presiden Umno itu sudah dihadapkan dengan tujuh dakwaan berhubung syarikat subsidiari 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Difahamkan, rencana awal adalah untuk mendakwa Najib esok namun ditangguhkan sementara menunggu hasil mesyuarat antara polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Polis telah menyelesaikan siasatan mereka. Berdasarkan rencana itu, polis mahu mendakwa Najib esok tapi ada mesyuarat dengan SPRM. Beliau akan didakwa dalam masa terdekat,” kata sumber.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan peguam yang mewakili Najib berkata, pihak berkuasa sudah memaklumkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung dakwaan yang akan dikenakan ke atas anak guamnya.

“Paling lewat minggu depan. Dakwaan itu termasuk kesalahan ‘transaksi kecil’ yang didakwa menggunakan wang 1MDB,” kata sumber kepada Malaysiakini.


Malaysiakini sudah menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull dan Shafee untuk pengesahan.

Pada 27 dan 30 Ogos lalu, polis menyoal siasat Najib. Bekas perdana menteri itu dikatakan disoal siasat berhubung beberapa transaksi yang antaranya dibuat seawal 2011.

Semalam media melaporkan bahawa, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor mungkin berdepan 20 dakwaan jenayah yang berkaitan pengubahan wang haram dalam masa terdekat.

Jumaat lalu, Shafee juga dihadapkan dengan empat dakwaan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang didakwa diterimanya daripada Najib.

sumber: hmetro, malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post