Kantoi dengan owner sebab curi atap Zink. Bila di soal siasat, selamber je dia jawab minta maaf
Kantoi dengan owner sebab curi atap Zink. Bila di soal siasat, selamber je dia jawab minta maaf |
Kes kes kecurian melibatkan barang besi memang banyak terjadi. Yang lebih menyedihkan yang buat kerja terkutuk ini adalah orang yang cukup sempurna sifat.
ARTIKEL MENARIK: ALLAHUAKBAR! Jutaan Tentera ALLAH Ini Hentam Bumi Laknat Ni!
Selamber Je Dia Jawab Minta Maaf
Baru baru ini tular di media sosial dimana seorang lelaki cina merakamkan perbuatan curi zink oleh seorang lelaki. Tidak dinyatakan lokasi rakaman tersebut tetapi kemunkinan ia berlaku di luar bandar.
Ketika rakaman ini dibuat, kelihatan lelaki yang mencuri zink sedang meletakkan semula zink yang ingin dia curi kembali ke tempat dia ambil. Berang dengan tindakan pencuri tersebut, lelaki cina itu menyuruh pencuri itu membuka kain yang menyorok wajah sebenar lelaki itu.
Dengan gaya selamber, pencuri itu mengaku bersalah dan memohon maaf dengan tindakan dia. Bertambah berang lelaki cina itu bila pencuri itu ingat hanya dengan meminta maaf dia boleh lepas.
Beri Satu Peluang …
Yang lebih mengejutkan lelaki cina tersebut memberi lagi 1 peluang kepada pencuri tersebut untuk tidak buat kerja macam ini lagi. Pencuri tersebut berkata jika rasa tidak puas hati, dia benarkan lelaki cina itu untuk memukulnya tetapi lelaki cina tersebut berkata jangan buat lagi. Lebih mengejutkan apabila ketika pencuri itu ingin beredar menggunakan motorsikal terlihat sebilah pisau.
Nasib baik lelaki cina itu berada jarak yang agak jauh dari pencuri sebab pencuri itu mempunyai senjata (pisau) dan ini bahaya.
Setakat ini tiada laporan polis telah dibuat oleh perakam. Walaupun pencuri itu dilepaskan, diharapkan lelaki cina tersebut tetap buat laporan polis supaya rondaan pihak polis dapat dijalankan kerana munkin hari ini pencuri itu tiada ‘rezeki’ takut dia cuba tempat lain.
Sumber: KL VIRAL
Post a Comment