Anak Sial, Pasal Kau Lah Laki Aku Mati, Kau Tahu Tak!- Kisah Sedih Ini Buatkan Ramai Menangis
Anak Sial, Pasal Kau Lah Laki Aku Mati, Kau Tahu Tak!- Kisah Sedih Ini Buatkan Ramai Menangis |
KISAH YANG PASTI MEBUATKAN AIR MATA ANDA JATUH !!
~ IRA SAYANG IBU ~
“Mak Su, ibu mana?” lemah suara Humaira sambil matanya melilau mencari ibunya. Zahidah hanya mampu menggelengkan kepala sahaja, sayu hatinya melihat anak buahnya itu.
Humaira kemudiannya senyum, memahami maksud ibu saudaranya itu. Matanya kelihatan berkaca, menahan tangis yang terpendam di dada.
ARTIKEL MENARIK: Kantoi dengan owner sebab curi atap Zink. Bila di soal siasat, selamber je dia jawab minta maaf
“Mak Su, Tak Lama Lagi, Ira Nak Pergi.”
“Anak sial, pasal kau lah laki aku mati, kau tahu tak!” teriak Zakiah, lagaknya seperti dirasuk hantu. Tangannya tak berhenti-henti mencubit anak kecil yang baru berusia 7 tahun itu.
“Ampunkan Ira bu, ampunkan Ira.” Humaira merayu Zakiah melepaskannya, namun semuanya sia-sia sahaja. Kini bukan setakat mencubit, tapi memukulnya lagi.
“Oh, pandai minta maaf ya? Kalau bukan pasal kau merengek minta anak patung, laki aku tak mati tau tak! Menyesal aku beranakkan kau! Menyesal!” Marah Zakiah tak habis, hingga mengungkit cerita yang Humaira sendiri tidak memahaminya.
“Kiah! Yarabi, apa kau buat dengan anak kau ni? Ya Allah, Humaira!” Zahidah muncul secara tiba-tiba. Dipeluknya Humaira yang masih menangis menahan kesakitan.
“Pasal dialah abang Rosman mati, pasal dialah aku dah tak ada siapa-siapa lagi kat dunia ni, memang sial hidup aku bila dia lahir ke dunia ni!” Zakiah memandang tepat ke wajah Humaira, belum puas dia menyeksa Humaira lagi.
“Apa yang kau merepek ni? Humaira ni anak kau, abang Rosman meninggal dah ajalnya, kenapa nak salahkan dia ni? Bawa mengucap Kiah, banyak-banyak istighfar.” Sayu hati Zahidah melihat kesan lebam pada badan anak saudaranya itu.
“Aku sama sekali tak halalkan makan minum kau Humaira, air susu yang aku bagi dulu pun haram, sama sekali nerakalah tempatmu!” kata-kata terakhir Zakiah sebelum berlalu meninggalkan Zahidah dan Humaira berdua.
“Mak Su, apa salah Ira sampai ibu marah selalu dengan Ira?” tersentuh hati Zahidah mendengar soalan dari mulut Humaira. ‘Kasihan, anak kecil ini tidak mengetahui apa-apa langsung’, bisik hati Zahidah.
Zakiah amat membenci satu-satunya anaknya itu. Entah apa yang dibencikan sehingga saban hari Humaira menjadi mangsa deraannya. Namun bila ada suaminya, Zakiah tidak pula menunjukkan sikapnya yang menjengkelkan itu.
Kini Rosman telahpun kembali kepada-Nya, semuanya kerana cuba memenuhi permintaan Humaira yang inginkan anak patung sebagai hadiah hari lahirnya nanti. Rosman terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika pulang setelah membeli anak patung untuk anak kesayangannya itu.
Kini tinggal mereka dua beranak. Namun kehidupan Humaira umpama neraka ciptaan sumpah seranah ibunya sendiri.
Peristiwa 7 tahun lalu menerjah di ruang memori Zahidah, kini Humaira dah besar, umur dah 14 tahun. Putih, cantik, serupa dengan wajah ibunya.
“Mak Su, boleh mandikan Ira? Ira nak jumpa Allah dalam keadaan yang bersih.” Riang suara Humaira, biarpun hakikatnya dia masih dalam keadaan lemah. Suasana itu membuatkan kakitangan hospital dan pesakit lain menangis melihat Humaira.
“Ira, janganlah cakap macam tu, kuatkan semangat ya? Kena bersangka baik dengan Allah.” Zahidah cuba membangkitkan semangat Humaira. Humaira hanya memandangnya sambil tersenyum.
“Mak Su, kalau Ira dah tiada, nanti tolong jagakan ibu ya?” Zahidah menangis semahunya mendengar permintaan Humaira. ‘Ya Allah, kau panjangkanlah lagi hayat anak saudaraku ini’, doa Zahidah dalam hati.
“Kak Ira, kenapa Mak Ngah selalu marah dengan akak, selalu pukul akak?” soal Atan, sepupu Humaira, anak kepada Zahidah.
“Akak pun tak tahu, tapi, Ustaz kata, kalau ibu marah, tandanya dia sayang kat kita.” jawab Humaira dengan tenang.
“Ish, kalau Atan, ibu buat macam tu, memang Atan dah lari, Atan tak suka mak macam tu, nasib ibu Atan tidak begitu.” kata Atan sambil tersengih.
“Tak baik tau kita benci ibu, kita kena sayang ibu kita, baru boleh masuk syurga.” Balas Humaira sambil tersenyum.
“Tapi kan tak elok ibu akak buat macam tu, pukul akak tanpa sebab, Atan tak suka nampak akak kena pukul, memang jahat ibu akak tu.” Atan melahirkan rasa simpatinya pada Humaira.
“Atan! Akak tak suka dengar Atan cakap macam tu, ibu akak bukan jahat!” bentak Humaira. Atan tergamam melihat perubahan Humaira itu. Humaira lantas meninggalkan Atan sambil menyeka air matanya dari tumpah.
“Kita ada satu ibu, satu bapa, dan kerana yang satu itu, kita mengenal yang maha satu, yakni Allah. Besar jasa ibu bapa kita, biarpun sejahat mana mereka sekalipun wahai anak-anakku.
Dikisahkan pada zaman Nabi Musa alaihi salam, seorang pemuda berbakti kepada ibu bapanya yang telah bertukar menjadi babi. Dengan tegas pemuda itu mengatakan kepada Nabi Musa “Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Aku sebagai anak wajib melaksanakan tugas sebagaimana diperintahkan kewajipan berbakti kepada ibu bapa.
Dan berkat dari pemuda yang soleh, kedua-dua ibu bapanya yang mulanya dimasukkanke dalam neraka, kini ditempatkan di syurga, berkat doa si anak soleh itu.” Terngiang-ngiang ceramah dari Ustazah Nurjanah di minda Humaira.
‘Ibu, Ira nak jaga ibu dengan sebaiknya’, bisik hati kecil Humaira.
Dia kini berada di hadapan pintu rumahnya. Terasa asing di halaman rumah sendiri. Semenjak dia tinggal dengan ibu saudaranya setahun yang lalu, baru kali ini dia menjejakkan kaki ke situ. Namun, demi hari istimewa ibunya, dia gagahkan juga, biarpun perasaan takut menjengah diri.
“Assalammualaikum.” Humaira memberi salam. Lama dia menanti, selang seminit dua, barulah pintu itu terbuka. Membulat mata Zakiah melihat anak tunggalnya itu berdiri di hadapannya.
“Sialan, kenapa kau datang lagi ha? Asal kau datang, hidup aku tak tenteram tahu tak!” teriak Zakiah, seperti dirasuk hantu gamaknya.
“Ibu, Ira datang nak sambut hari lahir ibu. Ini kad untuk ibu, hadiah pun ada, harap ibu suka.” Ujar Humaira, sambil menghulurkan kad dan hadiah rantai kepada ibunya.
“Hadiah paling bermakna buat aku, kau berambus dari dunia ini. Entah duit haram mana kau dapat nak belikan aku rantai ni, duit pelacuran agaknya.” herdik Zakiah, lantas masuk ke dalam rumah.
“Ibu, ini hasil Ira kerja part time di restoran bu, kalau ibu benci Ira pun, terimalah hadiah ini bu.” Air mata mengalir akhirnya di pipi Humaira. Namun dia cepat-cepat menghilangkannya setelah melihat ibunya datang kembali.
“Nak bagi hadiah kan? Kan aku dah cakap, hadiah paling bermakna bagi aku, kau berambus dari dunia ini. Nah, ambil kau, minum racun ni, kau minum sekarang!” tiba-tiba sahaja Zakiah bertindak di luar batasan. Dipegangnya mulut Humaira, dituangkan racun ke mulut anaknya itu.
Humaira cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri, namun gagal. Dalam keadaan genting itu, satu tamparan hinggap di pipi Zakiah.
“Astagfirullah, Zakiah! Kau nak bunuh anak sendiri? Tergamak kau buat begitu?” serentak juga satu lagi tumbukan mengenai muka Zakiah hingga dia tersembam menghadap tanah. Zahidah lantas menenangkan Johari, suaminya itu. Keadaan menjadi hening seketika.
Humaira pula cuba mendapatkan ibunya, namun keadaannya yang lemah itu membataskan keinginannya.
“Ibu, ibu.” Itulah yang hanya mampu keluar dari mulut Humaira, dan akhirnya pandangan Humaira menjadi gelap gelita.
“Sayang, keadaannya dah nazak, doktor dah kata, organ dalaman semua dah rosak.” Bisik Johari, Zahidah hanya mampu menggelengkan kepala seolah-olah tidak mempercayai apa yang berlaku, makin kuat tangisan Zahidah, hingga orang di sekelilingnya turut menangis sama.
“Kenapa Mak Su nangis? Janganlah nangis Mak Su, doakan sahaja kebahagian Ira di sana ya?” Humaira senyum sambil memandang ibu saudaranya itu.
“Mak Su, terima kasih kerana menjaga Ira selama ini, jasa Mak Su tak dapat Ira lupakan. Kerana Mak Su juga, Ira merasai kasih sayang dari seorang ibu. Maafkan Ira jika ada salah silap Ira, halalkan makan minum Ira, dan, tolong jaga ibu Ira, itu sahaja permintaan Ira.” Sambung Humaira, sebak.
Dada Humaira berombak kencang, dia seperti menahan perit di dalam ketika ini. Alunan Yassin bergema menandakan Humaira bertarung dengan maut ketika ini.
“Mak Su, Ira pergi dulu ya.” Zahidah memeluk erat anak saudaranya itu sambil membisikkan kalimah syahadah pada telinga Humaira.
“Asyhadu anla ilaha illallah wasyhadu anna Muhammadar Rasulullah.” kalimah terakhir diucap dengan tenang. Terukir senyuman di wajah Humaira. Kemudian matanya perlahan-lahan tertutup rapat, kepalanya terlentok di bahu Zahidah.
Innalillahiwainnailaihiwaraji’un.
* Kisah ini adalah kisah BENAR , cuma dialog diolah sesuai dengan penulisan ini . Dan penulis ingin bertanya , apa pandangan semua tentang kisah ini ? Pandangan anda tentang mak Ira ? Mak su ? Kemukakan pandangan anda dalam komen ya . =)
Kredit : Lubok Cerita Express.
Post a Comment