KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan juga tidak terkecuali menjalankan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap pesalah lesbian sebagaimana dilakukan Terengganu berikutan hukuman itu terkandung dalam enakmen syariah di seluruh negeri.
Hukuman sebat sudah dilaksana di Kelantan – Mohd Amar |
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata, sebelum ini juga sudah ada beberapa kes lain yang boleh disebat namun ia dibuat di hadapan pegawai penjara tanpa tontonan umum.
“Tahun lalu Kelantan meluluskan pindaan yang membolehkan individu yang betul-betul bersalah disebat secara terbuka di khalayak ramai.
ARTIKEL MENARIK: Pahang bakal ikut langkah Terengganu sebat pesalah LGBT
“Kita bukan menanti kes sebegitu, tetapi setakat ini belum ada kes lagi (yang seumpamanya). Bukan kita tidak mahu sebat. Orang ingat Kelantan tidak akan buat,” katanya kepada media ditemui di pejabatnya hari ini.
Menurutnya, antara kesalahan yang boleh disebat di khalayak membabitkan kes minum arak, lesbian, mukadimah zina yang tidak boleh melebihi enam sebatan.
“Sebab itu kita mahu pinda RUU355 dahulu. Sebab kita nak naikkan jumlah hukuman,” katanya.
Media semalam melaporkan dua wanita menjalani hukuman enam kali sebat di hadapan 150 orang awam di dalam Dewan Bicara 2, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
Pasangan lesbian berkenaan didapati bersalah cuba melakukan hubungan sejenis di dalam kereta di Dungun pada April lalu.
Kredit : Wowberita
Post a Comment