Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon drama Gerak Khas, Nizen Ayom akibat kegagalan fungsi buah pinggang, hari ini.
Video selfie terakhir Nizen beri petanda ajal hampir tiba |
Arwah yang memegang watak Inspektor Nizam dalam drama kepolisan itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.55 pagi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Walaupun kurang dikenali berbanding rakan-rakan selebriti yang lain, namun pemergian Nizen tetap dirasai oleh seluruh warga seni tanah air.
ARTIKEL MENARIK: Gempar, Individu Ini Dedah Liana Rosli Sebenarnya Lelaki? Betul ke?
Jika dilihat pada akaun Instagram miliknya, Nizen jarang sekali berkongsi tentang kehidupan peribadi apatah lagi memuat naik foto atau video.
Namun, pada April lalu, arwah telah dimuat naik satu video ketika sedang makan bersama ahli keluarga di sebuah restoran seolah-olah sudah dapat merasai pemergiannya dalam masa yang terdekat.
Raut wajah arwah yang memandang muka ahli keluarga terutamanya ibunya cukup membuat ramai yang terkesan.
A post shared by Nizen Ayob (@nizenayob) on Apr 28, 2018 at 5:52am PDT
Meskipun ajal dan maut merupakan rahsia Allah SWT, namun dalam video tersebut boleh dilihat keadaan arwah yang nampak ‘lain’ sedang bermanja-manja dengan ibunya.
Matanya yang sayu namun berkaca-kaca itu seolah-olah menunjukkan arwah sedang menahan perasaan sebak yang teramat sangat.
Semoga roh beliau dicucuri oleh rahmatNya dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Nizen Ayob
Post a Comment