VIDEO: “Respect You Yana” Inilah Tindakan Yana Bila Ahli Running Man Mahu Bersalam Dengannya Dapat Pujian Ramai

VIDEO: “Respect You Yana” Inilah Tindakan Yana Bila Ahli Running Man Mahu Bersalam Dengannya Dapat Pujian Ramai

Siapa yang tidak mengenali dengan Yana Samsudin, pelakon dan pengacara ini telah berkahwin dengan Fadzil Zahari dan dikurniakan seorang anak.

VIDEO: “Respect You Yana” Inilah Tindakan Yana Bila Ahli Running Man Mahu Bersalam Dengannya Dapat Pujian Ramai
VIDEO: “Respect You Yana” Inilah Tindakan Yana Bila Ahli Running Man Mahu Bersalam Dengannya Dapat Pujian Ramai

Perubahan bertudung yang dilakukan oleh Yana Samsudin membuatkan ramai memujinya dan kali ini sekali lagi Yana menerima kata tahniah dan turut ramai yang respect kepadanya.

ARTIKEL MENARIK: Siti Elizad cakap, setiap hari boleh keluar dengan ‘anak ikan’. Seronok!




Mana taknya, jika tindakan Yana apabila ahli running man ingin bersalam dengannya telah ditolak dengan cara yang baik oleh Yana yang dikatakan sangat bagus bagi wanita yang bertudung sepertinya.

Video yang dikongsi Yana telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih lebih 100k tontonan daripada netizen. Malah kelihatan juga menerusi video tersebut, Yana kelihatan sangat sopan sesuai dengan kepribadiannya mungkin kerana itulah beliau dipuji ramai.
VIDEO :


Rata-rata netizen memberi komen dan ada yang mengatakan sangat respect kepada Yana kerana mengetahui batas agama kita dan turut menolak salam daripada ahli running man dengan cara baik.


Video penuh di bawah
Sumber: IG Yana Samsudin via KD/ diaridunia.net


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD


BIODATA YANA SAMSUDN MENURUT WIKIPIDIA

Norliana binti Samsudin atau lebih dikenali sebagai Yana Samsudin (lahir 25 September 1984), ialah seorang pelakon, pengarah penulis skrip, penyanyi dan model wanita Malaysia.

Namanya mula dikenali setelah berjaya mengarah sebuah filem pada usia 23 tahun iaitu Selamat Pagi Cinta (2008) dan memulakan kerjayanya sebagai pelakon menerusi telefilem Lu’Lu (2008) dan siri filem Adnan Sempit (2010-2014).

Sepanjang kerjayanya, Yana telah bekerjasama dengan ramai pelakon seangkatannya, termasuk Intan Ladyana, Shaheizy Sam dan Farid Kamil. Beliau bernaung di bawah syarikat penerbitan Metrowealth dari awal penglibatannya dalam bidang seni sejak 2004 dan memilih untuk berdikari selepas kontrak tamat pada awal 2014.

Antara anugerah yang dimenanginya termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 bagi Pelakon Filem Wanita Popular dan Festival Filem Malaysia ke-23 bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Yana dilahirkan pada 25 September 1984 di Yong Peng, Johor, semasa Awal Muharram, permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Berbanding dua kakaknya yang dilahirkan di hospital, ibunya memilih untuk bersalin di kampung iaitu Kampung Melayu Kluang.

Beliau merupakan anak ketiga daripada lima beradik, kepada pasangan Samsudin Jamuri yang berasal dari Yong Peng dan Suhaily Abdullah berasal dari Serian, Sarawak, beliau berketurunan Melayu, Jawa dan Bidayuh. Yana merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Layar di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Adik-beradik beliau ialah Norliyati, Norliza, Muhammad Fahmi dan dan Norliahazwani.

Yana mewarisi bakat seninya dari bapanya. Bapanya pernah menganggotai kugiran tentera yang bernama The Gunners dari unit artileri. Beliau boleh bermain semua alat muzik dan menyanyi. Yana juga pernah menyertai Bintang RTM di Melaka dan berjaya mewakili zon Selatan, namun beliau hanya mampu ke suku akhir.

Kerjaya Yana di layar lebar bermula pada 2003 apabila beliau melakonkan peranan pembantu dalam filem komedi arahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen, Mami Jarum Junior terbitan Metrowealth Movies Production.

Pada 2008, beliau mula menduduki kerusi pengarah menerusi filem cetera sulung arahannya, Selamat Pagi Cinta yang mana beliau turut menulis skrip filem ini, ketika itu beliau menggunakan nama sebenar, Norliana Samsudin. Filem bergenre percintaan lakonan Nur Fazura, Sharifah Amani, Que Haidar dan Pierre Andre ini ditayangkan pada 20 November 2008. Ia merupakan satu-satunya filem yang diarahkan oleh beliau, menjadikan Yana pengarah wanita pertama di Malaysia. Yana juga dipilih oleh David Teo sebagai salah seorang pengarah muda didalam Skim 10 Pengarah Muda MIG.

Pada tahun yang sama, beliau diberikan watak utama sebagai seorang pelajar baru asrama bernama Zeta dalam filem seram suspens arahan James Lee, Histeria terbitan Tayangan Unggul yang dibintangi oleh Liyana Jasmay, Scha Al-Yahya, Norisz Ali dan Ainul Aishah. Filem ini menandakan kali pertama Yana berlakon dalam filem terbitan syarikat penerbitan lain.

Pada 2010, beliau bersama Shaheizy Sam membintangi filem aksi komedi arahan Ahmad Idham, Adnan Sempit yang mana beliau melakonkan watak sebagai Wawa, pembantu peribadi Nadia lakonan Intan Ladyana. Filem ini ditayangkan kepada umum pada 14 Januari 2010 menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, dengan jumlah hasilnya pada takat RM7.66 juta,
sepanjang tempoh tayangan awal di pawagam. Kejayaan filem ini melayakkan Yana memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 sekaligus membawa kepada penghasilan tiga filem susulannya — Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014)[26] [27] di bawah arahan Ismail “Bob” Hasim. Berikutan kejayaan filem pertama, Yana kembali memegang watak Wawa dalam ketiga-tiga filem sambungan dari Adnan Sempit.

Selepas Adnan Sempit, beliau sekali lagi bekerja di bawah arahan Idham menerusi filem Aku Masih Dara yang ditayangkan pada 16 Disember 2010 di mana beliau melakonkan watak utama sebagai Aleesya, bersama Raja Farah dan Diana Amir. Filem yang mengetengahkan isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan turut dibintangi oleh Farid Kamil dan Ashraf Muslim.

Pada 2011, beliau bekerja di bawah arahan Farid Kamil buat kali pertama dan sekali lagi bergandingan bersama Shaheizy Sam yang melakonkan watak Tumulak menerusi filem Kongsi, dalam filem ini, Yana melakonkan watak Inspektor Olla. Filem beliau seterusnya, Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Bob Hasim menyusul di pawagam, sekali lagi menemukan beliau bersama Sam dan Intan Ladyana. Beliau melakonkan watak sebagai Manja, seorang isteri dan suri rumah yang baik, tetapi mempunyai identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster dan terpaksa merahsiakan identitinya daripada suaminya, Harry (Shaheizy Sam).

Pada 2012, beliau sekali lagi berpasangan dengan Sam menerusi filem bertemakan K-Pop, Aku Ada, Kau Ada??? arahan Rahila Ali terbitan Pencil Pictures,

yang mana hampir 90 peratus penggambarannya dijalankan di Korea Selatan dan melibatkan tempat-tempat menarik seperti bandar Seoul dan Pulau Jeju. Dalam filem yang ditayangkan pada 24 Mei 2012 ini, beliau memegang watak sebagai Tina.

Beliau bersama Sam melakonkan watak utama sebagai Julia dan Alang dalam filem aksi arahan Ahmad Idham, 8 Jam yang ditayangkan pada 5 Julai, filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton dan menerima ulasan positif dari pengulas filem, malah ia meraih kutipan sebanyak RM2.30 juta.

Pada tahun yang sama, beliau berlakon dalam filem komedi romantik Strawberi Cinta arahan Ahmad Rusli Khadri yang mana beliau memegang watak sebagai seorang gadis Jepun yang bernama Ichigo Yamada yang berasal dari Jepun telah terpisah dengan ibu kandungnya, Rozita (dilakonkan oleh Dian P. Ramlee), sejak berusia enam tahun,filem yang menggandingkan beliau bersama Pierre Andre juga memerlukan Yana untuk mempelajari bahasa Jepun.

Pada 2013, Yana melakonkan watak Wawa dalam terbitan turunan filem Adnan Sempit, Wawa Semput yang berkisarkan tentang Wawa yang kecewa dengan sikap Bobby (dilakonkan oleh Along Cham) yang kembali merempit mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya. Filem ini ditayangkan pada 31 Januari 2013 merupakan kegagalan komersial, hanya sekadar memeproleh kutipan sebanyak RM1.48 juta.

Beliau sekali lagi digandingkan bersama Pierre Andre menerusi filem 3 Temujanji arahan Hashim Rejab[34] dan seterusnya, berlakon di bawah arahan Pierre menerusi filem Cerita Kita bersama Pekin Ibrahim dan Fezrul Khan.

Pada 2016, beliau kembali beraksi di layar perak menerusi filem Cina tempatan berjudul Happy Birth Death yang ditayangkan pada 22 Disember 2016.

KREDIT : HelangMerah.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post