Siti Elizad cakap, setiap hari boleh keluar dengan ‘anak ikan’. Seronok!

Siti Elizad cakap, setiap hari boleh keluar dengan ‘anak ikan’. Seronok!

Pelakon Siti Elizad memang jarang berkongsi kisah peribadi di laman media sosial. Mungkin sebab itulah ramai yang tidak mengetahui pelakon drama Syurga Yang Kedua ini sudah berkahwin sejak tiga tahun lalu.

Siti Elizad cakap, setiap hari boleh keluar dengan ‘anak ikan’. Seronok!
Siti Elizad cakap, setiap hari boleh keluar dengan ‘anak ikan’. Seronok!





Terbaru, pelakon berusia 34 tahun ini ada berkongsi soalan rawak daripada pengikutnya di laman Instagram dimana ada yang bertanya bila dia ingin menjalani kehidupan rumah tangga.

ARTIKEL MENARIK: Dulu Pakai Skirt, Kini ‘Dah Serupa Macam Si Sapi Baru Lepas Dapat Hidayah’- Fesyen Baju ‘Taekwando’ Dikecam, Ini Respon Awal Ashaari





Namun Siti Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin secara bergurau menjawab soalan tersebut dengan mengatakan dia gembira menjalani kehidupan solo.

“Aaa… Ni soalan paling win dalam banyak-banyak soalan. BILA NAK KAHWIN YAAA?
Entahlah dik, kita seronok kehidupan macam ni. Boleh keluar dengan anak heykan (ikan) hari-hari. Anak ikan I pula sejenis umur 46 (kau ada?).

“I selesa macam ni kot. Insya-Allah nanti sampai masa I akan umumkan bila tarikh perkahwinan I ya dik. Jangan tak datang pula. I bagi you meja paling depan sekali. I bagi you merenjis 100 kali.

“Sampai bila? Sampai abang Jamil mampus. Sekian dik! Kau memang win!,” katanya.
Peminat dan pengikutnya memberikan pelbagai reaksi yang rata-rata berasa terhibur dengan kenyataan yang diberikan oleh pelakon itu.

















Elizad dan suaminya, Shamsul Baharin Rahman yang juga merupakan duda dua anak itu telah berkahwin pada 11 Januari 2015.





Sumber : Siti Elizad

Kredit: Ohmymedia


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post