(Video) Pevert Minta Budak Delivery Puaskan Nafsunya, Bayaran RM120 Atau Dia Tinggalkan Review Negatif

(Video) Pevert Minta Budak Delivery Puaskan Nafsunya, Bayaran RM120 Atau Dia Tinggalkan Review Negatif

Netizen digemparkan dengan video sorang lelaki yang mengugut akan memberikan komen buruk mengenai perkhidmatan yang diberikan jika penghantar makanan berkenaan tidak melakukan hubungan seks dengannya dan dibayar 200 yuan (RM120), lapor Shanghaiist.

(Video) Pevert Minta Budak Delivery Puaskan Nafsunya, Bayaran RM120 Atau Dia Tinggalkan Review Negatif
(Video) Pevert Minta Budak Delivery Puaskan Nafsunya, Bayaran RM120 Atau Dia Tinggalkan Review Negatif

Difahamkan, pelanggan berkenaan membuat pesanan makanan secara online di Jiangxi, Nanchang, China, dan turut menghantar beberapa mesej berbentuk gangguan seksual terhadap pekerja penghantar makanan.

Selain itu, dia turut mengajak pekerja itu untuk tinggal semalaman dengannya selepas membuat penghantaran makanan. Enggan mengendahkan ugutan itu, pekerja terbabit mengatakan dia akan tetap meneruskan penghantaran seperti biasa.

ARTIKEL MENARIK: Wanita Potong Kemaluan Suami Kerana Terlalu Banyak Habiskan Masa Dengan Isteri Kedua


Berang tawarannya ditolak, lelaki itu mengugut akan memberi komen yang buruk mengenai perkhidmatan mereka.

Pekerja berkenaan kemudian memaklumkan perkara menjijikkan itu kepada majikannya yang menjelaskan dia akan menguruskan hal itu.

Apabila pekerja itu tiba di pintu rumah pelanggan, majikan yang juga ditemani oleh beberapa lagi pekerjanya terus menyerbu masuk ke rumah tersebut.



"Kami ingatkan seorang saja tak akan dapat memuaskan awak. Jadi kami semua datang ke sini," katanya.

Dalam klip video yang viral itu menunjukkan pelanggan yang tidak memakai baju itu duduk di atas katil, terkedu apabila sekumpulan penghantar makanan menyerbu ke dalam kediamannya.





Dia kemudian menghalau mereka semua keluar, namun majikan mereka sempat memberikan sepatah dua kata.

"Dasar lelaki gatal, awak ingat pekerja penghantar makanan ini senang nak dibuli?" katanya, namun tidak diendahkan lelaki itu.

"Pergilah dan cuba tinggalkan komen yang buruk. Aku patahkan kaki kau!" katanya lagi.

Sumber: The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post