Video : Najib jangan cakap banyak mana duit GST RM19.4 Bilion? Tak sangka Ini cabaran Mahathir pada Najib!

Video : Najib jangan cakap banyak mana duit GST RM19.4 Bilion? Tak sangka Ini cabaran Mahathir pada Najib!

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak suaya membuktikan dakwaannya wang bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM19.4b tidak “hilang” seperti didakwa oleh kerajaan.

Video : Najib jangan cakap banyak mana duit GST RM19.4 Bilion? Tak sangka Ini cabaran Mahathir pada Najib!
Video : Najib jangan cakap banyak mana duit GST RM19.4 Bilion? Tak sangka Ini cabaran Mahathir pada Najib!

Dr Mahathir berkata, menteri kewangan sebelum ini mengesahkan wang itu “hilang” daripada akaun amanah bayaran balik GST, tetapi disangkal oleh Najib.

“Lim Guan Eng cakap hilang, Najib kata tidak hilang,” katanya.

“Kalau tidak hilang, Najib mesti tunjukkan kepada kita ke mana pergi duit itu?” katanya kepada pemberita selepas ditemui di Pameran Lukisan’Tun M Forever a Legacy’ di Universiti Perdana hari ini.

ARTIKEL MENARIK: Video : jangan terkejut! mereka berani culik anak walapun depan ibu & bapa


Terdahulu, Lim Guan Eng mendedahkan akaun amanah di mana kerajaan memasukkan wang bayaran balik GST mengalami kurangan sebanyak RM18 bilion.

Kenyataan Lim itu menyebabkan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah turut menafikan dakwaan Lim bahawa kerajaan lepas “merompak” wang berjumlah RM18 bilion yang sepatutnya digunakan untuk bayaran balik tuntutan cukai input GST.

Sementara itu, apabila ditanya berhubung kenyataan Najib yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggunakan wang yang “hilang” itu, Dr Mahathir berkata kerajaan memang kekurangan dana.

“Kita memang tak cukup duit sebab nak lunaskan hutang. Banyak duit sudah dihabiskan untuk itu.

“Rakyat pula turut berharapkan duit secara percuma daripada kita kerana mendapat tabiat itu daripada pemerintahan Najib,” katanya.


Beliau berkata, sikap Najib yang suka memberi duit kepada rakyat menyebabkan rakyat menaruh harapan tinggi kepada kerajaan sekarang untuk melakukan perkara yang sama.
“Sekarang ni mereka sedang berharap kita bagi duit, tapi kita tiada duit.

“Kita tidak mencuri duit seperti yang Najib buat,” katanya.

Dua hari lalu, Najib menerusi perkongsian di laman Facebook beliau mendakwa kerajaan PH mungkin sudah menggunakan wang dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan untuk menampung perbelanjaan bulanannya.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post