KUALA LUMPPUR – Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi bulan Jun 2018 berjumlah RM14.1 bilion sahaja walaupun harga minyak global berbanding tahun-tahun sebelum ini
Saya bagi ‘wang percuma’ pada rakyat hasil GST! Najib sekolahkan Mahathir kaw-kaw |
Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding RM20.9 bilion pada bulan Mei lalu, akibat langkah mensifarkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Datuk Seri Najib Razak berkata, keadaan bertambah teruk kerana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menjangkakan peningkatan mendadak tuntutan balik GST yang perlu dibayar sebaik ia disifarkan.
ARTIKEL MENARIK: Video : Najib jangan cakap banyak mana duit GST RM19.4 Bilion? Tak sangka Ini cabaran Mahathir pada Najib!
Ini kerana, peniaga kini boleh menuntut kesemua cukai input GST bahan mentah mereka serta-merta – sama ada mereka membuat jualan atau sebaliknya.
Najib berkata, beliau memberi ‘wang percuma’ kepada rakyat hasil daripada peningkatan pendapatan yang diperoleh daripada GST.
Sebagai contoh, GST berjaya mengutip RM27 bilion pada tahun 2015 dan meningkat kepada RM44 billion tahun lalu.
Peningkatan kutipan ini didorong oleh kedudukan ekonomi dan pendapatan rakyat semakin meningkat.
“Oleh kerana pendapatan kerajaan meningkat, maka kita pulangkan kembali untuk menolong rakyat yang memerlukan.
“BR1M diperkenalkan pada kadar RM500 setahun dan terus dinaikkan setiap tahun sehingga RM1,200 tahun lepas dan RM2,000 tahun ini. Baucer buku juga sering dinaikkan, malah gaji penjawat awam turut sering dinaikkan dan lain-lain lagi.
“Ianya bukan wang percuma, namun jika tindakan saya mengagihkan wang dari ekonomi gelap, golongan kaya dan yang mengelak cukai untuk menolong rakyat yang memerlukan adalah suatu perbuatan haram, maka saya sudah berdosa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Najib menjawab kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau suka memberi wang percuma kepada rakyat.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, kerajaan kini tidak lagi mampu berbuat demikian kerana perlu “tutup” hutang-hutang kerajaan yang lalu.
Najib menambah, “tutup hutang” bukannya sebab utama kenapa Kerajaan Pakatan Harapan kini tidak lagi mampu menolong rakyat.
Jelasnya, hutang kerajaan pada tahap 50.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar bukan dianggap tinggi jika di banding dengan tahap 80 peratus hingga 103.4 peratus pada era Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu.
Nisbah perbelanjaan hutang kerajaan berbanding hasil kerajaan pada tahap 12.5 peratus tahun lepas juga tidak setinggi semasa tahun 1980an dan 1990an, iaitu di antara 20 peratus hingga 31.8 peratus..
Menurut Najib lagi, hutang sepatutnya dilihat bersama dengan peningkatan pendapatan dan aset negara yang naik dengan pesat.
Tegasnya, tiada satu pun agensi kewangan luar negara yang menyifatkan Malaysia dalam kelompok bahaya, malah mendapat pengiktirafan gred A. – MalaysiaGazette
video sekadar hiasan artikel dipetik dari MalaysiaGazette
Kredit : HelangMerah.
Post a Comment