rosak akhlak itulah perempamaan yang sesuai diberikan kepada golongan remaja masakini terutamanya wanita.
Video : gadis melayu hilang maruah lakukan sesuatu yang memalukan dalam Bigo Live |
kehadiran pelbagai applikasi media sosial penyebab mereka hilang harga diri dengan melakukan sesuatu perkara yang menyalahi adat dan agama.
sebuah video menjadi tular di media sosial menyaksikan seorang gadis melayu sanggup belanja buah dada kepada lelaki hidung belang semata-mata inginkan pujian dan perhatian
ARTIKEL MENARIK: Pejabat Pos Bandar Puncak Alam guna staff warga asing yang biadap!
jadi kepada ibu bapa pastikan anda delete atau haramkan anak anda install jenis-jenis applikasi sperosak akhlak remaja seperti ini
1, We chat
jika dahulu we chat Applikasi utama penyebab keruntuhan akhlak remaja buktinya ramai anak melayu yang dirogol oleh kenalan we chat salah satu darinya seperti di bawah
REMAJA perempuan berusia 19 tahun menjadi mangsa rogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki yang juga kenalan di aplikasi WeChat dalam kejadian di sebuah rumah di Changkat Sodang, di Seri Iskandar, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, susulan kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa hanya membuat laporan polis semalam.
Beliau berkata, susulan itu, dua suspek berusia 20-an berjaya ditahan petang tadi di sekitar Seri Iskandar.
Menurutnya, berdasarkan keterangan, mangsa baru mengenali seorang daripada suspek melalui WeChat dan kejadian berlaku ketika mereka pertama kali bertemu pada Ahad lalu.
“Remaja berkenaan mendakwa mengenali salah seorang suspek dengan nama Izlan melalui aplikasi WeChat dan pertama kali keluar dari rumah dijemput kenalan itu bersama seorang lagi suspek dikenali sebagai Ikmal pada jam 12 tengah malam Sabtu dengan alasan untuk melepak di Ipoh.
“Kira-kira sejam kemudian, mangsa dibawa ke sebuah rumah di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Changkat Sodang dan kemudian ditarik masuk ke dalam sebuah bilik oleh Izlan.
“Dia mendakwa dipaksa membuka baju dan diugut sekiranya tidak mahu membuka baju mangsa tidak akan dihantar pulang.
“Mangsa mendakwa terpaksa turut apa yang disuruh serta tidak berani menjerit atau melawan sebelum dirogol secara bergilir-gilir ketiga-tiga suspek termasuk seorang yang tidak dikenali namanya,” katanya.
Mohamad Zainal berkata, mangsa kemudian dihantar di bawah jambatan Titi Gantong, dekat sini sebelum dijemput oleh rakannya.
“Selepas membuat laporan polis semalam mangsa dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk pemeriksaan.
“Polis berjaya menahan dua lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan reman akan dimohon esok,” katanya.
Menurutnya, polis kini sedang memburu seorang lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.
2, BIGO LIVE
Bigo Live aplikasi agak terbaru berbanding We Chat hari ini dengan Bigo Live ramai budak-budak perempuan sanggup belanja aset pada lelaki yang tak dikenali
salah satu kerosakkan dari BIGO live seperti video di atas
3, Tik Tokk
Tik Tokk merupakan Applikasi terbaru yang menjadi perhatian generasi masa kini. Dengan upload video selama 15 saat mereka bebas melakukan apa sahaja sambil menari mengikut alunan muzik pilihan
penulis yakin anda sendiri mempunyai akaun Tik tokk cuba bayangkan video-video yang seksi tayang lurah dalam tik tokk adalah anak anak apa perasaan anda ketika itu?
Tak salah dengan Aplikasi ini cumanya pemantauan dari ibu dan bapa perlu dilakukan jangan sampai anak gadis anda mengadung tanpa suami baru nak menyesal!
PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN REMAJA
Remaja merupakan pemangkin kemajuan sesebuah negara. Masa depan sesebuah negara itu berada di tangan mereka. Merekalah yang akan menggantikan generasi terdahulu untuk menerajui dan membangunkan negara. Bak kata pepatah, “di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”.
Jika elok remaja, maka eloklah masa depan sesebuah negara itu, tetapi jika rosak remaja, maka rosaklah masa depan sesebuah negara itu. Oleh itu, golongan remaja yang cemerlang sangat diperlukan untuk membentuk sesebuah negara yang berjaya. Malangnya, keruntuhan akhlak dan moral remaja semakin menjadi-jadi marcapada ini. Antara sedar dan tidak, gejala semakin kritikal dari hari ke hari. “Tend-trend” songsang yang tumbuh “seperti cendawan selepas hujan” menandakan gejala ini semakin teruk.
Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja
1) pengaruh rakan sebaya
Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu., rakan sebaya sangat mudah mempegaruhi seseorang remaja itu samaada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda” remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara itu berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah, “manang jadi arang, kalah jadi abu”.
2) kesibukan ibu bapa
Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak kata pepetah, “sudah terhantuk, baru tergadah”.
3) pengaruh media massa
Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang terutamanya golongan remaja ke arah negatif secara diam. Bak kata pepatah, “seperti api dalam sekam”. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa. Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya, keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.
4) sifat semulajadi remaja juga senantiasa ingin mencuba sesuatu yang baru
Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaan mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.
Antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah ini ialah ibu bapa memainkan peranan mereka. Ibu bapa merupakan orang yang membesarkan mereka dan paling mengerti dengan perangai dan hati budi mereka. Oleh itu, ibu bapa semestinya dapat menasihati mereka dan menarik mereka ka pangkal jalan. Selain itu, ibu bapa haruslah mendidik anak mereka dari awal kerana bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Selain itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan setiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur kaganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyak untuk membentuk jati diri dan membaiki akhlak remaja.
Antara langkah lain yang dapat diambil juga ialah mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. . Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membuang masa. Bak kata pepatah, “sambil menyelam, minum air”.
Kesimpulannya, para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara. Oleh itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan diberi pimpinan agar mereka tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah.
Kredit : HelangMerah.
Post a Comment