Tun M akui menteri baharu ada yang tak tahu tanggungjawab dalam kementerian

Tun M akui menteri baharu ada yang tak tahu tanggungjawab dalam kementerian

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan khidmat Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) masih diperlukan kerana mereka mempunyai banyak pengalaman untuk menyelesaikan pelbagai isu penting.

Tun M akui menteri baharu ada yang tak tahu tanggungjawab dalam kementerian
Tun M akui menteri baharu ada yang tak tahu tanggungjawab dalam kementerian

Beliau berkata walaupun kerajaan mempunyai barisan Kabinet penuh tetapi ramai daripada anggotanya adalah baharu dan tiada berpengalaman untuk menyelesaikan sesuatu isu.

“Saya perlu mengakui Kabinet kami tiada pengalaman dan ramai yang baharu. Saya perlu bekerja dengan cepat dan saya perlukan seseorang yang berpengalaman untuk menyusun sesuatu tugas,.

ARTIKEL MENARIK: Isu Pasukan Khas ATM masih berkhidmat sebagai Pegawai Pengiring Hishammuddin, Ini penjelasan beliau


“Menteri baharu tidak berapa tahu mengenai tanggungjawab dalam setiap kementerian. Mereka masih tercari-cari jalan dan mereka tidak boleh melakukan banyak siasatan,” katanya.

Image result for Majlis Penasihat Kerajaan (MPK)


Dr Mahathir berkata MPK akan dikekalkan dan diketuai bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sementara peranan majlis itu akan diperbaharui.

Ditanya mengenai pelantikan Dr Muhammad Abdul Khalid sebagai penasihat ekonominya, Dr Mahathir berkata beliau (Muhammad) tidak berada dalam MPK tetapi sebaliknya berperanan sebagai penasihat ekonomi kepada beliau.

“Saya memerlukan analisis berterusan mengenai apa yang berlaku dalam ekonomi negara,” katanya.Pejabat Perdana Menteri (PMO) melantik Muhammad sebagai Penasihat Ekonomi kepada Dr Mahathir berkuat kuasa 27 Ogos ini.

Image result for Dr Muhammed Abdul Khalid


Muhammad kini merupakan pengarah urusan dan ketua pakar ekonomi firma DM Analytics Malaysia.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat di Institut Penyelidikan Khazanah, Suruhanjaya Sekuriti dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS). – Bernama

Sumber: Sinar Harian


LIMA CADANGAN MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN KEPADA TUN DR MAHATHIR

  • Tadbir urus, kesejahteraan rakyat dan pengukuhan ekonomi jadi teras laporan MPK.
  • Lebih 350 individu telah terlibat dalam perbincangan dengan MPK.
Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) telah selesai menjalankan tugasnya semalam (20 Ogos 2018) selepas 100 hari melaksanakan amanah yang diserahkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. MPK ditubuhkan pada 12 Mei 2018 oleh Dr Mahathir dengan hasrat untuk ia menjadi organisasi penasihat kepada Kerajaan, khasnya dari segi aspek ekonomi, kewangan dan tadbir urus.

Sepanjang 100 hari itu MPK telah mengadakan perbincangan dengan lebih 350 individu daripada 200 organisasi yang merangkumi agensi penguatkuasaan, bank, persatuan peniaga, syarikat-syarikat utama, pihak industri kecil dan sederhana, golongan artis, badan bukan kerajaan, pemandu teksi dan kontraktor.

Untuk rekod Majlis ini diketuai oleh Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan dan dianggotai oleh bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Hassan Merican, ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Robert Kuok dan pakar ekonomi terkenal, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

Dalam satu sesi khas semalam, Daim menegaskan MPK telah menyediakan laporan lengkap berhubung maklum balas yang telah dikumpul dan cadangan yang digariskan. Laporan itu nanti akan diserahkan kepada Dr Mahathir untuk diteliti dan diambil tindakan mengikut kesesuaian yang difikirkan oleh Kerajaan.

Daim menjelaskan secara umumnya laporan MPK itu berteraskan kepada tiga tema utama.

“Cadangan MPK ini berlandaskan kepada tiga tema utama yang melibatkan keperluan untuk meningkatkan tadbir urus, kesejahteraan rakyat dan keperluan mengukuhkan ekonomi inklusif dan mampan,” kata Daim.

Daim menyifatkan apa yang dihimpunkan oleh laporan berkenaan bukanlah sesuatu yang bersifat keputusan mutlak, namun ia merupakan satu analisis mengenai pelbagai isu yang dihadapi Malaysia. Keputusan berhubung segala hal berkenaan hanya akan dibuat oleh Kerajaan.

Walaupun Daim tidak mahu mendedahkan kandungan laporan berkenaan yang kini diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Namun, Kapital.My berjaya menghidu sedikit sebanyak bentuk-bentuk cadangan yang disarankan oleh MPK berdasarkan kepada analisis yang dibuat terhadap kenyataan Daim semalam.

  1. Kementerian Kewangan Harus Ditambah Baik Secara Menyeluruh
MPK jelas mahu Kementerian Kewangan ditambah baik secara menyeluruh bagi memastikan ia mampu menjalankan fungsinya secara jelas dan bersepadu. Kementerian ini menurut MPK wajar memberikan hasil kepada negara dan tidak terlibat dalam apa-apa pembaziran serta amalan rasuah.

“Kementerian Kewangan mesti membawa hasil kepada negara dan tidak membazir dalam berbelanja serta tidak boleh terlibat dalam apa-apa keadaan korupsi,” kata Daim.

MPK juga dengan tegas mahukan perkhidmatan awam diasingkan daripada sebarang campur tangan politik yang boleh mendedahkan penjawat awam kepada amalan salah dalam hal-hal integriti dan tadbir urus.



  1. ECRL Projek Tidak Berdaya Maju
Perkara kedua yang dapat diteliti ialah pandangan MPK terhadap Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang disifatkan tidak berdaya maju disebabkan kos pelaksanaan yang terlampau tinggi mencecah RM81 bilion. MPK melihat ECRL tidak sesuai dilaksanakan oleh Kerajaan namun jika ada pihak swasta yang melihat wujud keperluan untuk melaksanakan projek ini, maka ia boleh dilaksanakan sebagai insiatif pihak swasta.
“MPK sudah mengkaji ECRL secara mendalam dan kami mendapati ia tidak mempunyai nilai sebagai sebuah projek yang berdaya maju,” kata Daim.

Image result for ecrl
Kredit: myKMU
  1. Menghapuskan Tol Tidak Praktikal
Perkara ketiga, MPK melihat cadangan untuk menghapuskan semua tol di seluruh Malaysia merupakan satu langkah kurang bijak dan tidak praktikal. Keadaan ini terkait secara langsung dengan kedudukan kewangan negara pada ketika ini yang tidak begitu kukuh dan penghapusan tol memakan jumlah yang tinggi dan ia jelas bukan satu tindakan cermat.

“Idea menghapuskan tol dalam keadaan kedudukan kewangan negara seperti ini adalah satu idea kurang bijak dan rakyat harus memahami keadaan ini,” kata Daim.
  1. Projek Kereta Nasional Wajar Dengan Pelaburan Swasta
Perkara keempat yang menjadi antara tumpuan terpenting MPK ialah berkenaan idea mewujudkan perindustrian kereta nasional yang baharu. MPK ketika mengulas isu ini berpandangan projek besar seperti ini harus melalui proses kajian mendalam bagi memastikan ia mendatangkan keuntungan kepada semua pihak terlibat.

MPK berpandangan projek ini jika masih tetap mahu dilaksanakan, tidak seharusnya melibatkan modal daripada Kerajaan, namun ia wajar melibatkan pelaburan sektor swasta. MPK juga melihat projek ini harus memberi tumpuan kepada penghasilan kereta masa depan termasuk kereta elektrik.

MPK memahami hasrat Dr Mahathir sebenarnya bukan terlalu mahu memberi fokus kepada kereta nasional, sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada persediaan mengukuhkan sistem pengeluaran dalam industri automobil negara. Selain itu, ia juga ditegaskan sebagai satu usaha untuk mewujudkan kereta ASEAN dan mempunyai identiti yang lebih regional dan luas.

“Apa yang saya faham mengenai idea itu (kereta nasional) ia bukanlah untuk menghasilkan kereta Malaysia, sebaliknya kereta ASEAN dengan pelaburan di pihak swasta dan bukan Kerajaan,” kata Daim.

MPK juga melihat wujud keperluan untuk Malaysia dapat melahirkan tenaga kerja mahir supaya mampu untuk menjadi pengeluar komponen kereta pada masa mendatang.
  1. Kerajaan Wajar Kumpul Bukti Kukuh Sebelum Laksanakan Pendakwaan Kes Salah Guna Kuasa Pentadbiran Lalu
Sudah tentu perkara kelima yang menjadi tumpuan MPK ialah berkaitan siasatan kes rasuah melibatkan pemimpin kerajaan terdahulu. MPK menggesa Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengumpulkan bukti kukuh bagi memastikan setiap kes berkaitan penyalahgunaan kuasa kerajaan sebelum ini dapat dibicarakan dengan teratur dan tanpa sebarang masalah. Semua kes yang dibawa ke mahkamah harus berlandaskan kepada keyakinan untuk menang dan pihak bersalah dapat didakwa dan disabitkan kesalahan.

“Jika mahu mendakwa, kita perlu memastikan tahap boleh menang ialah 90 peratus, jika tidak ia hanya membazirkan wang rakyat sahaja,” kata Daim.

MPK juga tidak lari daripada menerima kritikan, khasnya di pihak pembangkang, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menegaskan supaya MPK wajar dibubarkan sepenuhnya dan Kabinet harus memainkan peranan lebih besar dan utama.

“Atas dasar prinsip tanggungjawab, kita berasakan tidak wajar lagi MPK wujud dan Kabinet perlu memainkan peranan yang sepatutnya”, kata Annuar.

Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Sri Najib Razak pula beranggapan bidang kuasa MPK sering dipersoalkan dan ia dilihat seperti membatasi Kabinet.

“Cara sepatutnya mentadbir negara adalah berasaskan Perlembagaan, termasuk melalui Kabinet. MPK ini mengundang pertikaian, termasuk dari sudut bidang kuasanya sendiri,” kata Najib.
Selain itu, Annuar juga mencadangkan untuk kerajaan mendedahkan laporan MPK kepada orang ramai dan membentangkannya di persidangan Parlimen akan datang bagi memastikan aspek ketelusan terus dijunjung dan mengelakkan sebarang konflik atau kontroversi kemudian.
Secara umumnya kita harus memahami dengan jelas tujuan Kerajaan menubuhkan MPK. Ia bukanlah majlis penasihat yang memutuskan segala-galanya buat Kerajaan. Ia hanya satu majlis sementara yang melaksanakan analisis menyeluruh terhadap semua isu yang memerlukan perhatian Kerajaan.
Konsep seperti MPK ini amat penting kepada sebuah Kerajaan baharu seperti Pakatan Harapan. Melalui penglibatan tokoh-tokoh penting di dalam MPK, maka Kerajaan akan mendapat gambaran menyeluruh tentang keperluan dan perhatian yang perlu diambil. Hal ini memudahkan usaha untuk merangka apa-apa dasar yang difikirkan perlu.

Walaupun Daim sudah memaklumkan bahawa tugas MPK sudah selesai, namun Dr Mahathir masih mahu Majlis berkenaan meneruskan tugas. Ini membuktikan bahawa pandangan dan pengalaman MPK masih diperlukan untuk membantu Kerajaan membuat keputusan-keputusan tepat.

Dr Mahathir dalam reaksinya ketika ditanya tentang masa depan Majlis berkenaan dan peranan Daim sebagai pengerusi menyebut, “saya tidak memecat beliau (Daim). Saya juga tidak membayar beliau satu sen pun dan dia bekerja 24 jam sehari. Walaupun dia menyebut 100 hari, tapi saya tidak pernah menyebut tugas MPK dalam tempoh 100 hari.”

Sumber

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post