Isu Pasukan Khas ATM masih berkhidmat sebagai Pegawai Pengiring Hishammuddin, Ini penjelasan beliau

Isu Pasukan Khas ATM masih berkhidmat sebagai Pegawai Pengiring Hishammuddin, Ini penjelasan beliau

Hisham: Pasukan khas tentera jadi pegawai pengiring hanya sementara

Isu Pasukan Khas ATM masih berkhidmat sebagai Pegawai Pengiring Hishammuddin, Ini penjelasan beliau
Isu Pasukan Khas ATM masih berkhidmat sebagai Pegawai Pengiring Hishammuddin, Ini penjelasan beliau

Bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjadi pegawai pengiringnya hanya berkhidmat untuk sementara waktu sahaja.

Bagaimanapun, beliau berkata telah menawarkan mereka untuk bekerja dengannya hanya jika mereka meletakkan jawatan dalam tentera.

ARTIKEL MENARIK: BR1M Akan Dikurangkan Dan Dihapuskan Secara Berperingkat Supaya Rakyat Rajin Bekerja


“Mereka cukup rapat dengan saya sekeluarga dan telah berkhidmat sekian lama. Mereka dengan saya hanya sementara.

“Saya telah menawarkan kerja tetapi jika mereka terima maka mereka harus berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia dengan serta-merta,” kata Hishammuddin di Twitter.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang memetik Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengarahkan siasatan terhadap dua anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) dan seorang komando ATM yang masih berkhidmat di bawah Hishammuddin sebagai pegawai pengiringnya.

Sumber memberitahu Malaysiakini, ketiga-tiga anggota pasukan khas ATM itu sepatutnya tamat berkhidmat dengan Hishammuddin selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran.

Bagaimanapun, mereka masih meneruskan khidmat di bawah Hishammuddin, dengan satu sumber mendakwa mereka mendapat bayaran berganda daripada bekas menteri itu dan ATM.

Mohamad berjanji tindakan yang sesuai akan diambil terhadap ketiga-tiga anggota pasukan khas ATM itu jika didapati melanggar sebarang peraturan.

Pegawai berkenaan dilaporkan berkhidmat dengan Hishammuddin sejak beliau menjadi menteri pertahanan pada 2013.
They are so close to my family and I, having served us for so many years. They are only with me for a temporary period. I have offered them employment, but if they accept they must resign from the Armed Forces with immediate effect. https://t.co/CDLVUhmDiF
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) August 25, 2018
Sumber: Malaysiakini


Isu tentera masih berkhidmat dengan Hishammuddin disiasat

b228b3a44164de4656983460db0b1c9b.jpeg

Terdahulu, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata beliau telah mengarahkan siasatan segera berhubung tiga anggota khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa masih berkhidmat kepada menteri terdahulu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Saya telah mengarahkan siasatan segera dibuat dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap amalan dan peraturan sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malaysiakini melaporkan dua anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan seorang komando masih menjadi pengiring Hishammuddin walaupun setelah tidak lagi memegang portfolio itu berikutan kekalahan BN pada PRU ke-14.

Dua pegawai PASKAL itu masih dalam perkhidmatan dan hanya akan berakhir masing-masing pada 2020 dan 2021.

Tiada banyak maklumat tentang komando itu namun sumber mendakwa dia antara individu yang dalam satu gambar yang dimuatnaik Hishammuddin di Twitter minggu ini.

Sumber ATM juga mendakwa ketiga-tiga anggota itu masih menerima gaji daripada ATM selain daripada Hishammuddin sendiri.

Hishammuddin pula setakat ini belum membalas pertanyaan Malaysiakini berhubung perkara ini.

Sumber: Malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post