Tambah nilai prabayar dikenakan SST 6% bermula esok

Tambah nilai prabayar dikenakan SST 6% bermula esok

KUALA LUMPUR – Semua tambah nilai prabayar (prepaid) akan dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 6 peratus bermula 1 September ini.

Tambah nilai prabayar dikenakan SST 6% bermula esok
Tambah nilai prabayar dikenakan SST 6% bermula esok

Beberapa telco telah mengesahkan perkara ini di laman web dan Facebok rasmi mereka.

Berikut senarai lengkap bagi bayaran dan jumlah tambah nilai yang akan diterima selepas potongan SST:


ARTIKEL MENARIK: Petron dilantik pembekal minyak kenderaan kerajaan




Sehubungan dengan itu, beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti Celcom dan Telekom Malaysia menawarkan ‘produk gantian’ bagi SST yang telah dikenakan.

Celcom akan mengkreditkan semula jumlah SST yang dikenakan sebagai kredit panggilan. Sebagai contoh, untuk tambah nilai RM 10, 28 sen akan dikreditkan semula kepada pengguna. Namun, kredit tersebut hanya boleh digunakan untuk membuat panggilan suara dan sah digunakan dalam masa 24 jam dari tempoh tambah nilai sahaja.

Manakala Telekom Malaysia pula akan menawarkan data tambahan secara percuma bagi setiap tambah nilai prabayar unfi Mobile-nya. Jumlah data yang ditawarkan adalah seperti berikut :



Tawaran ini hanya terbuka bagi tempoh 1 September hingga 31 Disember 2018 serta bagi pelanggan warganegara Malaysia sahaja.


Perkara ini telah pun dijangka akan berlaku lebih awal turut berlaku semasa pengenalan cukai GST dahulu.

Namun selepas perbincangan diadakan bersama dengan syarikat telekomunikasi, mereka akhirnya bersetuju untuk menyerap GST yang dikenakan dahulu tanpa memberi kesan kepada jumlah tambah nilai yang diterima pengguna.

Maka dengan itu, rakyat Malaysia sememangnya berharap agar jalan penyelesaian terbaik berkeaan perkara ini agar suasana menang-menang dapat dicapai. Bukan sahaja di antara kerajaan dan telco, malah untuk pengguna dan rakyat juga.

Kredit : Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post