Atlet ‘skateboard’ padam semua gambar IG selepas dicemuh netizen

Atlet ‘skateboard’ padam semua gambar IG selepas dicemuh netizen

Buat mereka yang mengikuti secara rapat aksi melibatkan atlet negara yang bertanding di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Indonesia, sudah pasti sedia maklum dengan penularan sebuah video membabitkan atlet skateboard wanita negara, semalam.

Atlet ‘skateboard’ padam semua gambar IG selepas dicemuh netizen
Atlet ‘skateboard’ padam semua gambar IG selepas dicemuh netizen

Klip video tersebut memaparkan aksi Fatin Syahirah Roszizi, 16, yang kelihatan gementar dan tertekan sehingga dia telah menerima kritikan yang teruk daripada netizen.

Fatin dilihat gagal untuk mempersembahkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengumpul mata apabila mudah hilang kawalan terhadap skateboard miliknya.

ARTIKEL MENARIK: Instagram Syed Saddiq Diserang Puak Indonesia, Gara-Gara Juri Berat Sebelah


Hasilnya, Fatin hanya mampu mengumpul sebanyak 5.4 mata sahaja dan menamatkan aksi di tangga tercorot dalam acara tersebut.


Sukan Asia Jakarta-Palembang merupakan pentas terbesar pertama yang disertai Fatin dan nyata beliau sedikit gugup berhadapan dengan tekanan selain turun menentang atlet-atlet negara lain yang lebih berpengalaman.

Namun yang menyedihkan adalah sikap segelintir netizen yang langsung tidak ‘mampu’ memberi kritikan membina, sebaliknya meninggalkan komen-komen yang boleh 
meruntuhkan secara keseluruhan semangat dan moral atlet negara yang sedia asal berada dalam tekanan akibat aksi hambar yang disajikan.


Komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen di laman facebook tersebut antaranya mempersoalkan mengenai pemilihan atlet.



Ada juga yang berharap Fatin hadir ke Jakarta dengan perbelanjaan sendiri kerana menganggap penampilannya sebagai satu pembaziran.


Lebih teruk, ada netizen yang tidak dapat menerima komen-komen netizen lain yang cuba memberikan semangat kepada Fatin dan memahami aksi gugupnya disebabkan itu adalah penampilan pertamanya.



Malah ada juga netizen yang pergi lebih jauh yang mengaitkan pihak yang bertanggunjawab melakukan pemilihan sebagai individu yang ‘mabuk ketum’.


Akibat daripada komen-komen netizen dan mungkin disebabkan kecewa dengan aksi sendiri, Fatin kemudian bertindak memadamkan semua gambar-gambar di akaun Instagramnya.

Tindakan Fatin memadam gambar-gambar tersebut mungkin bertujuan untuk menenangkan diri dan tidak mahu netizen-netizen beralih ke akaun IG tersebut untuk memberikan komen-komen negatif.



Fatin sebelum itu turut berkesempatan untuk berkongsi satu IG Story bagi menyatakan kekesalan dan permohonan maafnya kepada rakyat Malaysia.



Fatin mungkin tidak berjaya melakukan yang terbaik untuk negara, tetapi komen-komen negatif dari netizen langsung tidak membantunya untuk kembali kuat sebaliknya hanya membunuh semangat dan kariernya sahaja yang masih banyak untuk dipelajari.


Kradit : Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post