Maaf tak boleh basuh maruah saya yang dah hancur berkecai – Dato Seri Vida

Maaf tak boleh basuh maruah saya yang dah hancur berkecai – Dato Seri Vida

Maaf tak boleh basuh maruah saya yang dah hancur berkecai – Dato Seri Vida

Maaf tak boleh basuh maruah saya yang dah hancur berkecai – Dato Seri Vida
Maaf tak boleh basuh maruah saya yang dah hancur berkecai – Dato Seri Vida

Usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman enggan tunduk dengan desakan juara Gegar Vaganza musim 4 (GV4), Aishah yang mahu beliau memohon maaf kerana didakwa menipu dalam pemberian barang kemas bertatahkan batu permata.”Saya tak akan sesekali mohon maaf. Maaf bukan boleh membasuh maruah saya yang sudah tercalar. Perkataan maaf walaupun senang diungkapkan tapi reputasi saya jatuh hancur berkecai.

ARTIKEL MENARIK: “Hentikan spekulasiTunggu saya jumpa SC” – Dato Vida Makin tertekan, ini puncanya


“Adakah dengan memohon maaf itu boleh menggembalikan kepercayaan orang ramai? Saya berbesar hati nak bagi hadiah kalung itu tapi akhirnya kebaikan saya itu memakan diri.

“Ia ibarat mahu berjasa tapi nyawa hilang. Kalau ikutkan pemberian ikhlas saya itu tidak sepatutnya dijadikan isu sebenarnya,” katanya kepada mStar Online.

Pada masa sama, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) berkata, sekiranya permohonan maaf dibuat, tindakan itu tidak akan menghentikan tohmahan netizen terhadap dirinya.

“Gara-gara kalung itu satu Malaysia kutuk saya. Bukan (permohonan) maaf itu satu benda yang boleh mengubah keadaan dan kekeruhan yang berlaku,” katanya.

Vida sekali lagi menegaskan bahawa rantai emas putih bertatahkan batu permata itu bukan palsu.






“Itu barang kemas tulen. Saya tak tahu kalau ia palsu seperti didakwa Aishah, bermakna ada sesuatu yang tidak kena.

“Namun saya berserah kepada Allah dan anggap kontroversi ini sebagai satu hikmah yang diberikan kepada saya,” katanya.

Usahawan kelahiran Machang, Kelantan itu juga mahu pihak Astro mengaturkan pertemuan antara dirinya dan juga Aishah bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

“Sebenarnya saya nak Astro temukan saya dengan Aishah kerana saya ingin jelaskan hadiah ini ikut suka hati saya nak bagi.

“Saya bukan ada kedai jual berlian, saya jual emas. Patut dulu saya bagi bagi emas promote produk saya. Tapi saya berbesar hati beri rantai tersebut dan tak sangka begini pula jadinya,” kata Vida.

Terdahulu Aishah mendedahkan satu kenyataan laporan penyelidikan rasmi berhubung rantai tersebut.

Malah penyanyi Janji Manis Mu itu turut menegur Vida supaya tidak memperlakukan golongan artis seumpama itu.

“Bacalah report ini baik-baik DSV, saya keluarkan ini bukan nak aibkan awak, cuma saya minta janganlah buat kami golongan artis begini.

“Ya mungkin Allah bagi awak jadi kaya raya tapi itu tak membenarkan awak menipu kami.
Saya tak nak apa-apa daripada awak sekadar mohon maaf di atas penipuan ini.

“Simpanlah Lavida coin awak tu. Jangan ingat orang yang tak kaya macam awak tak ada maruah,” katanya.
Sumber: mstar

Bank Negara masukkan LaVida Coin dalam senarai waspada

Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyenaraikan VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies), operator di sebalik LaVida Coin dalam senarai waspada pengguna kewangan.

“Sila ambil perhatian bahawa senarai ini bukan menyeluruh dan hanya menjadi garis panduan kepada orang awam berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM,” kata kenyataan itu menerusi laman webnya.

Senarai terkini mengandungi 423 syarikat.

Pada Isnin, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkata, pihaknya sedang mengkaji maklumat berkaitan dengan mata wang digital LaVida Coin bagi memastikan sama ada ia melanggar undang-undang sekuriti.

Dilaporkan pada minggu lalu bahawa usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmida Othman atau Datuk Seri Vida merancang untuk melancar mata wang digital LaVida Coin tersebut.
– The Star

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post