KUALA LUMPUR – Peniaga berlian Lubnan, Samer Halimeh mendedah detik perkenalannya dengan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, lapor Malaysiakini.
Rosmah pinjam barang kemas kerana yakin menang PRU |
Menurut laporan dipetik Free Malaysia Today, perkenalan keduanya bermula melalui acara sosial di Belgravia, London pada tahun 2009.
Samer berkata ketika itu, Rosmah meminta syarikatnya untuk menaja dan mempamerkan barang kemas di sebuah majlis amal.
ARTIKEL MENARIK: Equanimity bakal dijual kepada pembida tertinggi – Guan Eng
Syarikat Samer kemudiannya turut membekalkan ‘barang kemas VIP’ untuk pelbagai acara yang dihadiri Rosmah dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Laporan itu juga menyebut Samer diundang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Rosmah dan Najib, Nooryana Najwa, tiga tahun lalu.
“Sebab itulah pada 2018, kami amat mempercayai hubungan ini sehingga memberikan barang kemas bernilai 11.5 juta pound sterling kepada Rosmah atas dasar ‘cuba sebelum beli’.
“Saya rasa ia (barang kemas) dipesan dengan jangkaan pasangan itu memenangi pilihan raya umum 2018,” katanya.
Bulan lalu, Samer melalui Global Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap Rosmah untuk mendapatkan semula barang kemas bernilai kira-kira RM60 juta.
Barangan kemas Rosmah dirampas polis untuk siasatam berkaitan 1MDB.
Kredit : Wowberita
Post a Comment