Rampasan Equanimity. Harga Yang Ditawarkan Oleh Lim Guan Eng Buat Rakyat Terkedu

Rampasan Equanimity. Harga Yang Ditawarkan Oleh Lim Guan Eng Buat Rakyat Terkedu

Kerajaan Indonesia menyerahkan kembali kapal layar mewah Equanimity milik Jho Low kepada Malaysia. Harga yang ditawarkan oleh Lim Guan Eng untuk menjual kapal tersebut buat rakyat terkedu. Allahu tak sangka.

Rampasan Equanimity. Harga Yang Ditawarkan Oleh Lim Guan Eng Buat Rakyat Terkedu
Rampasan Equanimity. Harga Yang Ditawarkan Oleh Lim Guan Eng Buat Rakyat Terkedu

KAPAL LAYAR MEWAH BAKAL DIJUAL DENGAN HARGA RM1 BILION

ARTIKEL MENARIK: Rosmah pinjam barang kemas kerana yakin menang PRU


Kerajaan bercadang untuk menjual Equanimity selepas semua dokumen berkenaannya selesai dan juga kemungkinan pameran awam terhadap kapal pesiar mewah itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Peguam negara (Tommy Thomas) akan memastikan semua dokumen lengkap, semua kawalan dikenakan dan jika boleh memastikan setiap aset di dalamnya disenaraikan.
“Dan jika mungkin, saya harap orang awam juga boleh melihatnya. Mungkin bukan keseluruhan kapal, hanya sebahagian (daripadanya),” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Selepas itu, katanya lagi, kerajaan akan berusaha menjual kapal berharga RM1 bilion itu kepada pembida tertinggi.
“Kementerian kewangan mahu mendapat nilai terbaik. Maka selepas ia dipamerkan, kapal itu perlu dijual agar rakyat dapat sesuatu (daripadanya).
“Saya tidak tahu berapa banyak (wang) yang kita boleh dapat balik tetapi kita akan cuba (untuk dapatkan) sebanyak mungkin,” katanya.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengalu-alukan kemasukan kapal itu ke perairan Malaysia dan berharap akan dapat melihatnya sendiri.
“Saya amat bangga aset 1MDB sudah pulang ke Malaysia dan kita harap polis dan pihak berkuasa akan ambil tindakan (berdasarkan) undang-undang negara dan antarabangsa.
“Saya juga mahu pergi dan mengalaminya sendiri kerana kita tidak pernah melihat kapal yang begitu mewah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen. (Sumber: Malaysiakini)


POLIS MARIN IRINGI KEPULANGAN KAPAL MEWAH EQUANIMITY KE MALAYSIA

Kapal persiaran Equanimity kembali ke perairan Malaysia buat kali pertamanya semenjak HARAPAN mengambil alih pentadbiran negara.
Menurut laman penjejak kapal, Vessel Finder, Equanimity merentas sempadan di antara Indonesia dan Malaysia dari Batam di antara jam 5.21 ke 5.29 petang tadi.
Dari Batam, kapal polis marin KPD Setia mengiringi Equanimity dan pada jam 6 petang tadi, kedua-dua kapal melabuhkan sauhnya kira-kira dua batu nautika di perairan Pengerang, Johor.
Awal hari ini, dilaporkan Equanimity dikatakan akan tiba di pelabuhan Port Klang besok. (Sumber: Malaysiakini)
Kredit : khalifahmailonline
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post