‘Rakyat Tak Kisah Tentang Janji 100 Hari. Rakyat hanya mahu BN ditumbangkan dan…”

‘Rakyat Tak Kisah Tentang Janji 100 Hari. Rakyat hanya mahu BN ditumbangkan dan…”

Korang tau kan yang hari ni adalah hari ke-100 lepas Pakatan Harapan menerajui tampuk pimpinan negara. Ingat tak janji 100 hari PH?

‘Rakyat Tak Kisah Tentang Janji 100 Hari. Rakyat hanya mahu BN ditumbangkan dan…”
‘Rakyat Tak Kisah Tentang Janji 100 Hari. Rakyat hanya mahu BN ditumbangkan dan…”

Menurut KJ, tidak penting untuk menilai prestasi 100 hari pentadbiran kerajaan PH sebabnya rakyat tak kisah dengan janji tu sebenarnya, lapor Malaysiakini.

ARTIKEL MENARIK: Tajuddin tidak terkejut dengan pendirian Nazri yang menyokong kepimpinan Tun M, Ini sebabnya


Sumber: Berita Harian

“Media tanya saya berkenaan 100 hari kerajaan HARAPAN. Saya kata, rakyat tak kisah tentang janji 100 hari atau janji lain dalam manifesto.”

KJ sebenarnya yakin yang rakyat mahu BN ditumbangkan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turun daripada terus mentadbir negara.

“Tak laksana pun rakyat tak kisah. Mereka hanya mahu buang Umno-BN pada PRU14. Justeru, parti saya kena fikir strategi baharu,” cuitnya di Twitter, hari ini.
Semata-mata tuntut janji tak cukup sebab rakyat tak kisah pun tentang manifesto. Atau mereka kata “lebih baik dari kamu dulu.” Dan “tak dapat tunai sebab hutang yang di tinggalkan BN.” Jadi, kita kena cari naratif baharu & hujah baharu.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 17, 2018
Sumber: New Straits Times

Malah, katanya rakyat juga berkata “lebih baik dari kamu (UMNO-BN) dulu” dan“tak dapat tunai sebab hutang yang ditinggalkan BN.”

Jadi, KJ menambah yang UMNO dan BN kini terpaksa mencari naratif dan hujah baru.


“BN-UMNO perlu halatuju baharu. Kepimpinan mesti berada di hadapan kelok perubahan.

“Dah sampai 100 hari. Patut fikir “what’s next?” Bukan masih jual naratif janji tidak ditunaikan. That’s done. Move on,” katanya.

Betul cakap KJ, tak guna ulang benda yang dah lepas. Patutnya fikir strategi baru.
Sumber Lobak Merah

Manifesto HARAPAN: Tak laksana pun rakyat tak kisah, kata Khairy



Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpendapat tidak penting untuk menilai prestasi 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana rakyat tidak ambil kisah sama ada janji mereka itu ditunaikan atau tidak.

“Media tanya saya berkenaan 100 hari kerajaan HARAPAN. Saya kata, rakyat tak kisah tentang janji 100 hari atau janji lain dalam manifesto.

“Tak laksana pun rakyat tak kisah. Mereka hanya mahu buang Umno-BN pada PRU14. Justeru, parti saya kena fikir strategi baharu,” cuitnya di Twitter, hari ini.

Khairy percaya, apa yang penting kepada rakyat ialah BN ditumbangkan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diturunkan daripada terus mentadbir negara.
Malah, katanya rakyat juga berkata “lebih baik dari kamu (Umno-BN) dulu” dan “tak dapat tunai sebab hutang yang ditinggalkan BN.”

Justeru, katanya Umno dan BN hari ini terpaksa mencari naratif dan hujah baru.

“BN-Umno perlu halatuju baharu. Kepimpinan mesti berada di hadapan kelok perubahan.

“Dah sampai 100 hari. Patut fikir “what’s next?” Bukan masih jual naratif janji tidak ditunaikan. That’s done. Move on,” katanya.

Hari ini genap 100 hari pentadbiran HARAPAN menerajui Putrajaya selepas menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Sumber: Malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post