‘Dengan Panas Baran Tak Dapat Apa-apa,Nasi Dah Jadi Bubur’ – Sharnaaz Komen Tentang Isu Pemandu Bas Langgar.

‘Dengan Panas Baran Tak Dapat Apa-apa,Nasi Dah Jadi Bubur’ – Sharnaaz Komen Tentang Isu Pemandu Bas Langgar.

Masih hangat dengan isu pemandu bas RapidKL yang telah memandu secara berbahaya dan melanggar kira-kira 20 buah kereta di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Terdapat pelbagai versi cerita dari saksi kejadian yang melihat insiden tersebut.

‘Dengan Panas Baran Tak Dapat Apa-apa,Nasi Dah Jadi Bubur’ – Sharnaaz Komen Tentang Isu Pemandu Bas Langgar.
‘Dengan Panas Baran Tak Dapat Apa-apa,Nasi Dah Jadi Bubur’ – Sharnaaz Komen Tentang Isu Pemandu Bas Langgar.

Termasuk pemandu bas ini dikejar dengan sekumpulan lelaki yang membawa samurai selepas pemandu itu melanggar gerai burger.Pelakon Sharnaaz Ahmad turut mengalami pengalaman yang sama pada malam raya.

Malah, pelakon ini menyarankan perbalahan sebegini perlu diselesaikan dengan cara baik supaya tidak melibatkan nyawa mana-mana pihak.
Sharnaaz Ahmad memberi respon terhadap tindakan sekumpulan lelaki yang mengejar pemandu bas RapidKL itu.

ARTIKEL MENARIK: “Berlaku tepi kereta”-, Pelakon Terkenal Syatilla Melvin sempat rakam detik pemandu bas RapidKL dibelasah. Ini apa yan



x1.jpg


Sekumpulan lelaki ini dipercayai turut membawa samurai mengejar pemandu tersebut. 

Insiden ini berlaku apabila pemandu bas Rapid berusia 32 tahun itu telah melanggar gerai burger sehingga hampir mengadai nyawa ibu dan bayi.

x2.jpg


Posted by Azri Arip on Thursday, 16 August 2018
Sumber: Sharnaaz Ahmad.
-www.kakishare.tv



Rempuhan bas: Ini tujuan utama mengapa Rapid Bus terpaksa tubuh pasukan khas

kl-735x400.png


KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd telah menubuhkan pasukan khas bagi mengendalikan tuntutan insurans susulan insiden yang membabitkan bas Rapid KL di AU2 Keramat malam tadi.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Mohd Azam Omar berkata pemilik kenderaan yang berhasrat untuk mengemukakan tuntutan boleh menghantar tuntutan mereka berse

rta dokumen berkaitan ke e-mel suggest@rapidkl.com.my.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, Mohd Azam mengesahkan bas yang terbabit dalam insiden di Jalan Enggang AU2 Taman Keramat malam tadi adalah dalam keadaan baik semasa digunakan.

“Berdasarkan laporan polis yang dibuat malam tadi, insiden berkenaan bermula apabila bas tersebut terlibat dalam satu kemalangan jalan raya kecil di Jalan Enggang AU2, di Taman Keramat.

“Kapten bas dilaporkan meneruskan perjalanan sambil dikejar oleh sekumpulan orang awam. Semasa dikejar bas tersebut dilaporkan melanggar beberapa kenderaan di sepanjang jalan sehingga tiba di susur keluar Jalan Ampang ke Lebuhraya MRR2 di mana kapten bas dilaporkan dipukul oleh beberapa orang awam,” menurut kenyataan itu lagi.

Mohd Azam berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa berkaitan dalam siasatan kes tersebut.

“Kami berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu keputusan siasatan rasmi pihak polis,” kata Mohd Azam.

Tambahnya, pemandu bas tersebut masih menerima rawatan di hospital dan tiada orang awam yang dilaporkan cedera semasa kejadian tersebut.

sumber: astroawani

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post