Mana RM10 juta!? Tindakan Siti Kasim ini buatkan pengarah jabatan Orang Asli ketakutan!

Mana RM10 juta!? Tindakan Siti Kasim ini buatkan pengarah jabatan Orang Asli ketakutan!

PETALING JAYA: Peguam dan aktivis sosial, Siti Kasim hari ini mempersoalkan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Jakoa) berhubung satu pinjaman dibuat oleh sebuah koperasi Orang Asli, Koperasi Kijang Mas Berhad dengan tujuan membantu masyarakat itu.

Mana RM10 juta!? Tindakan Siti Kasim ini buatkan pengarah jabatan Orang Asli ketakutan!
Mana RM10 juta!? Tindakan Siti Kasim ini buatkan pengarah jabatan Orang Asli ketakutan!




ARTIKEL MENARIK:  Najib sindir k’jaan HARAPAN tak pandai matematik, akui ‘berjaya’ perbetulkan 2 fitnah terhadap BN


Bercakap kepada FMT, beliau berkata, selepas membaca minit mesyuarat antara koperasi tersebut dan Orang Asli, didapati satu pinjaman berjumlah RM10 juta telah dibuat dan dikatakan bertujuan membantu masyarakat itu berniaga, tetapi sehingga kini tidak menampakkan apa-apa hasil.

“Saya sudah lama nak kaji koperasi Orang Asli ni, Koperasi Kijang Mas dan ada satu lagi koperasi yang baru ditubuhkan. Banyak unsur penipuan di dalamnya. Saya berani kata, kalau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia siasat, ‘habis’ mereka semua.

Mengulas lanjut, Siti berkata anggota masyarakat itu juga dipaksa membayar yuran ahli koperasi berkenaan kerana jika gagal berbuat demkian, mereka diugut tidak mendapat bantuan daripada Jakoa.

“Mereka kena paksa bayar yuran ahli. Kalau tak bayar, tidak dapat bantuan Jakoa seperti bantuan kesihatan, persekolahan dan lain-lain lagi,” katanya.

Terdahulu, Siti Kasim mempersoalkan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sivarasa Rasiah berhubung pertemuannya dengan syarikat pengusaha ladang durian Musang King di Pos Tohoi, Gua Musang awal bulan lalu.

Siti mendakwa, pertemuan itu sangat meragukan kerana selepas sahaja pertemuan diadakan, pembantu Sivarasa bertindak mengarahkan Orang Asli memberi kebenaran kepada wakil syarikat melepasi sekatan yang dibina bagi menghalang pembalak dan pengusaha kebun durian memasuki kawasan perkampungan di situ.


Pengarah Jakoa Ajis Sitin ketika dihubungi FMT enggan memberi sebarang ulasan berhubung dakwaan Siti Kasim.

“Saya tak nak beri apa-apa komen dahulu berhubung Orang Asli. Anda boleh rujuk pihak kementerian, mungkin menteri. Saya tak nak komen apa-apa.” katanya.


Kredit : HelangMerah.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post