Live Di Big Stage! Penonton Terkejut Baby Shima Jatuh Pengsan, Ramai Sangka Gimik Rupa-rupanya....

Live Di Big Stage! Penonton Terkejut Baby Shima Jatuh Pengsan, Ramai Sangka Gimik Rupa-rupanya....

Perjalanan selama 14 jam dari Jakarta ke Sumedang, Indonesia sebelum pulang ke Malaysia untuk beraksi di pentas program realiti Big Stage 2018 pada malam Ahad punca penyanyi Baby Shima rebah selepas mengadakan persembahan.

Live Di Big Stage! Penonton Terkejut Baby Shima Jatuh Pengsan, Ramai Sangka Gimik Rupa-rupanya....
Live Di Big Stage! Penonton Terkejut Baby Shima Jatuh Pengsan, Ramai Sangka Gimik Rupa-rupanya....

Pengurusnya, Andy berkata, ekoran itu Shima atau Nor Ashima Ramli, 26, berada dalam keadaan penat dan kehilangan tenaga sejurus selepas persembahan tersebut.

"Kami ada persembahan pada Sabtu di Sumedang dan perjalanan dari Jakarta ke sana mengambil masa 14 jam pergi dan balik dengan menaiki kereta.


ARTIKEL MENARIK: Pelakon Nurin Misha Meninggal Dunia


"Semalam (Ahad) kami balik ke Malaysia, dia ada mengadu pening dan makan ubat sebelum persembahan namun saya tidak sangka pula dia akan pengsan di atas pentas itu,” ujarnya kepada mStar Online.

Baby Shima menyanyikan lagu Ku Tak Ingin Bersuara nyanyian asal Nike Ardilla pada pentas Big Stage 2018 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.


Doktor memberitahu kesihatan wanita itu terjejas disebabkan kekurangan gula dalam badan.Penyanyi yang terkenal dengan lagu Abang Satu Ringgit itu kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam selepas insiden itu.


"Hampir tiga jam juga dia dirawat di hospital semalam dan doktor ambil darah buat pemeriksaan menyeluruh. Dia kata Baby Shima tak cukup gula dalam badan.

"Insya-Allah dia akan berehat dahulu sebelum kami balik semula ke Jakarta pada Rabu ini untuk persembahan di Palembang Indonesia bagi meraikan hari kemerdekaan negara itu,” ujarnya.

Selain itu,Emarina Mohd Kamal menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa insiden itu merupakan satu gimik yang dirancang oleh pihak produksi.Sebaliknya,penyanyi tersebut semangnya mengalami kepenatan kerana berulang alik dari Indonesia ke Malaysia.


Sumber: Mstar Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post