Saya nak kongsi kisah tentang colleague saya.Yang membuatkan saya amat amat terkejut. Saya baru berpindah ke sebuah pekan. Sebab ikut suami pindah pejabat.
Lebih hina dari Husna! wanita dedahkan kawan office bangga ‘kongsi’ suami orang! |
Saya bekerja sementara di sebuah Syarikat Pinjaman Berlesen yang semua kerani ialah Perempuan.
ARTIKEL MENARIK: Kerana rumah terlalu sempit, warga emas 80 tahun ini dihalau oleh anak lelakinya dan terpaksa tinggal di pondok bas di Serdang
Umur diorang semua late 20’s dan early 30’s. saya je yg paling muda kat sini.
Saya amat terkejut dengan orang-orang kat sini. Saya bukan lah seorang yang baik, admin. Tapi solat 5 waktu tu saya tunaikan. Kadang lambat kadang berganti sebab tempat kerja ni tak ada surau/tempat yang sesuai utk solat. Saya terpaksa ke stesen minyak utk tunaikan solat.
Saya terkejut sebab, bila saya tanya kiblat, diorang taktau. Bila saya tanya mana surau terdekat, diorang pun taktau. Tambahan lagi, semua akak akak kat sini sudah pun berkahwin, and yang paling sedih, hampir semua mereka berbangga ada scandal dengan lelaki orang.
Mereka semua merokok, masing2 pun dah beranak-pinak tapi taktau lah kenapa macam tu min.
Macam saya cakap, saya tak berapa baik min. tapi tengok keadaan kawan sekerja macam ni min, saya sedih. Saya nak tegur, tapi siapa lah saya. Lagipun diiorang jenis yang macam perempuan2 drama tu, admin..
Banyak mulut kerja pokpekpokpek mengata pasal orang. Depan orang ni, mengata orang tu, depan orang tu, mengata orang ni.
Satu hari, satu dari mereka bercakap dalam phone
“Kau, bila bini kau tak ada, kau merayu2 dengan aku nak keluar dengan aku, tapi bila ada bini kau, kau buat aku macam b*d*h”
Saya terkejut, sumpah, admin. Masing masing dah punya pasangan tapi menggatal dengan suami orang lain. Lebih hina dari Husna, admin.
Saya rasa bersalah cerita kat sini tapi saya pun taktau apa cara terbaik utk saya tegur mereka. Bagi saya menegur tu tanggjawab saya, tapi saya tak ada kekuatan, diorang macam dah jauh sangat tersimpang. Deep dalam hati saya sakit melihat semua tu.
Tolong lah tuan puan,lagi2 perempuan kan, yang dah ada anak2, jangan la merokok.Jangan la ada hubungan dengan sesiapa selain pasangan kita sendiri. Hargai lah pasangan kita. Terima dia apa adanya..
video sekadar hiasan
Kredit : HelangMerah.
Post a Comment