SERDANG – Seorang warga emas berusia 80 tahun dipercayai telah tinggal di sebuah pondok bas selama hampir setahun setelah dihalau keluar dari rumah oleh anak lelakinya sendiri atas alasan yang sangat tidak munasabah.
Kerana rumah terlalu sempit, warga emas 80 tahun ini dihalau oleh anak lelakinya dan terpaksa tinggal di pondok bas di Serdang |
Kredit: Sinchew
Orang ramai yang sentiasa melihat kelibat wanita berkenaan di pondok tersebut telah memaklumkan perkara ini kepada aktivis kemasyarakatan yang juga merupakan pengasas Community Policing Malaysia, Kuan Chee Heng.
ARTIKEL MENARIK: Susulan kejadian rasuk ulik mayang di klia menjadi tular kelmarin. Lelaki ini dedah apa sebenar yang terjadi dan pasti buat ramai terkejut besar
Sejurus selepas menerima laporan mengenai kejadian berkenaan, Kuan segera menemui wanita tua itu di sebuah pondok bas yang terletak berhadapan dengan sebuah pusat membeli-belah di Serdang, Selangor.
Kredit: Sinchew
Menurut kisah yang dikongsikan oleh wanita tersebut, dia menyatakan mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Sebelum ini, dia tinggal bersama salah seorang anak lelakinya yang berusia sekitar 50-an. Namun begitu, anak lelakinya memaklumkan bahawa rumah mereka sudah tidak mempunyai ruang yang mencukupi sekali gus meminta wanita warga emas ini keluar dari rumah.
“Wanita itu kemaskan barang-barang dia dan datang ke pondok bas itu untuk berlindung,” jelas Kuan.
Lebih menyedihkan lagi, kadangkala anak lelakinya akan datang ke pondok bas berkenaan untuk melawat dan membawakan makanan. Bagaimanapun, dia tetap enggan untuk membawa ibu kandungnya pulang semula ke rumah dan membiarkan orang tua itu tinggal di pondok tersebut.
Kredit: Sinchew
Kuan turut berusaha menghubungi anak lelaki wanita ini melalui panggilan telefon bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tindakannya. Namun, lelaki itu langsung tidak menyesal dengan keputusan yang diambil malah berasa tidak berpuas hati dengan tindakan netizen yang mencampuri urusan peribadi keluarganya.
Kredit: Sinchew
Sehubungan itu, Kuan mengambil keputusan untuk meminta pertolongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memindahkan wanita berkenaan ke pusat jagaan di Ulu Yam.
Credit : Era Baru
Post a Comment