Lakukan Urutan Pada Titik-Titik Ini Untuk Menghilangkan Rasa Sakit Kepala

Lakukan Urutan Pada Titik-Titik Ini Untuk Menghilangkan Rasa Sakit Kepala

Aduhai, berdenyut-denyut rasa kepala ni. Malasnya nak telan ubat… Apa lagi cara hilangkan sakit kepala yang boleh dibuat ya.”

Lakukan Urutan Pada Titik-Titik Ini Untuk Menghilangkan Rasa Sakit Kepala
Lakukan Urutan Pada Titik-Titik Ini Untuk Menghilangkan Rasa Sakit Kepala

Tahukah anda, selain memakan ubat penahan sakit, ada cara hilangkan sakit kepala yang boleh dilakukan dengan cepat dan efektif. Teknik yang dimaksudkan adalah sejenis urutan yang dikenali sebagai acupressure.

Menurut sebuah artikel daripada Bright Side, ia adalah salah satu jenis acupunture dan refleksoterapi, namun ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja tanpa memerlukan pakar. Teknik urutan ini telah dibuktikan oleh beberapa kajian dan penelitian saintifik.

ARTIKEL MENARIK: 6 Bahaya sembur air paip pada f@raj yang wanita tak pernah ambil tahu!


Urutan Ini Akan Melegakan Sakit Kepala Tanpa Perlu Makan Panadol
Cara hilangkan sakit kepala ini memerlukan anda untuk mengurut pada 6 tempat / titik seperti dalam gambar di bawah.

Mula-mula, duduk dalam posisi yang selesa dan relaks. Urut setiap tempat yang ditunjukkan dengan gerakan membulat atau menekannya dengan agak kuat selama 30 saat hingga 1 minit.

1. Titik Di Antara Kening

lakukan urutan pada titik-titik ini untuk menghilangkan rasa sakit kepala dengan cepat


Titik yang terletak antara kening ini adalah lokasi di mana batang hidung bertemu dengan dahi.

Mengurut kawasan ini boleh melegakan rasa letih pada mata.

2. Dua Titik Di Hujung Kening

lakukan urutan pada titik-titik ini untuk menghilangkan rasa sakit kepala dengan cepat


Dua titik pada hujung kening ini dipercayai mampu mengurangkan selsema di samping menajamkan penglihatan.

3. Dua Titik Di Bawah Tulang Pipi

lakukan urutan pada titik-titik ini untuk menghilangkan rasa sakit kepala dengan cepat


Urutan di kedua-dua titik ini membantu mengatasi masalah sinus, mengurangkan sakit kepala, sakit gigi serta menghilangkan stres.

4. Dua Titik Pada Tengkuk

lakukan urutan pada titik-titik ini untuk menghilangkan rasa sakit kepala dengan cepat


Urutlah pada kedua-dua titik yang ditunjukkan pada gambar di bawah untuk melegakan hidung tersumbat, sakit mata dan telinga, sakit kepala yang kuat ataupun migrain.

5. Titik Di Atas Telinga

lakukan urutan pada titik-titik ini untuk menghilangkan rasa sakit kepala dengan cepat


Bahagian atas telinga ini dapat mengurangkan rasa sakit pada bahagian tersebut di samping merawat keletihan mata. Lakukan pada kedua-dua belah kepala.

6. Titik Berdekatan Pangkal Ibu Jari

lakukan urutan pada titik-titik ini untuk menghilangkan rasa sakit kepala dengan cepat


Tekanan atau urutan membulat pada titik ini mampu mengurangkan rasa sakit belakang, sakit gigi, dan tekanan pada otot leher.

Lakukan urutan yang sama pada kedua-dua belah tangan.

Cara Hilangkan Sakit Kepala Yang Unik Tapi Berkesan
Menurut sumber, rasa sakit kepala yang anda alami akan menghilang sedikit demi sedikit semasa melakukan urutan tersebut ataupun selepas 5-10 minit sesi mengurut selesai.

Mudah saja, bukan? Mudah-mudahan teknik yang dikongsikan ini mampu mengatasi rasa sakit kepala yang anda alami. Tak payahlah susah-susah nak telan ubat lagi.

Sumber: Springer, Bright Side via blog.pantangplus.com


VIDEO: 7 bahagian penting kurangkan sakit kepala

7 Pressure Points to Relieve Headaches
How to use acupressure points for headaches.😌bit.ly/2zv3rYZ
Posted by 5-Minute Crafts on Friday, 10 November 2017

10 Fakta Tentang Migrain Yang Anda Perlu Tahu


sakit kepala migrain


Bagi mereka yang mengalaminya, migrain adalah salah satu perkara yang dibenci dalam hidup. Ia boleh menyerang pada bila-bila masa dan apabila ia berlaku, migrain boleh membuatkan anda terbaring untuk tempoh yang lama.

Dan walaupun kerap mengalaminya, ramai di antara kita yang kurang pengetahun mengenai penyakit ini. Oleh itu iluminasi.com ingin kongsikan 10 fakta mengenai migrain yang anda patut tahu.

1. Penyebab migrain masih belum diketahui

Kebanyakan saintis mengakui bahawa terdapat kaitan genetik di antara migrain, iaitu jika salah seorang daripada ibu bapa atau datuk dan nenek yang mengalami migrain, maka anda akan cenderung untuk mewarisi penyakit ini.

Namun, kita masih belum tahu dengan tepat mengenai patologi penyakit ini, iaitu penyebab dan kesan penyakit ini dari segi sains.

Teori-teori lama mengatakan bahawa ia mungkin disebabkan oleh turun naik aliran darah ke otak.

Namun, saintis masa kini menyedari bahawa perubahan dalam aliran darah dan saluran darah tidak memulakan kesakitan, tetapi mungkin menyumbang kepada migrain.

Jadi jika ada yang mengatakan ia adalah sebaliknya, maka ia hanyalah spekulasi, mengelirukan dan salah.

2. Penyembuh migrain belum


penyembuh migrain belum ditemui 10 fakta tentang migrain yang anda perlu tahu 867


Namun, tak bermakna anda tak boleh untuk mengelak daripada diserang migrain.

Sesetengah daripada mereka yang mempunya migrain mengelak atau berhenti daripada makan sesetengah makanan dan mengalami perubahan dramatik terhadap migrain, atau lega sepenuhnya daripada migrain ini.

Tetapi, ubat klinikal yang berfungsi untuk menghentikan migrain daripada berlaku masih belum wujud. Jika ia telah dihasilkan, penulis lah orang pertama yang akan membelinya.

3. Separuh daripada pesakit tak tahu mereka menghidap migrain


separuh daripada pesakit tak tahu mereka menhidap migrain 10 fakta tentang migrain yang anda perlu tahu


Anggaran ini dilakukan secara konsisten oleh organisasi migrain di seluruh dunia, iaitu hampir separuh daripada mereka yang mengalami migrain, tidak tahu bahawa mereka mengalaminya.

Bagi mereka yang mungkin tidak mempunyai gejala-gejala yang jelas, ia mungkin lebih sukar untuk membezakan antara sakit kepala teruk dengan migrain.

Lebih daripada separuh tidak berjumpa dengan doktor untuk diagnosis yang betul. Ini bermakna masih terdapat ramai pesakit migrain yang merawat sendiri atau beranggapan bahawa mereka mengalami masalah sinus atau sakit kepala biasa.

4. 3 kriteria mudah untuk pastikan anda menghidap migrain
Jika anda tak pasti sama anda mengalami migrain atau tidak, maka ini amat penting. Ini adalah kriteria oleh International Headache Society4 untuk mengklasifikasikan sakit kepala.

a. Jika berlaku 2 daripada yang berikut:

kesakitan sederhana kepada teruk
sakit satu bahagian kepala sahaja
sakit kepala berdenyut
menjadi teruk jika bergerak

b. Jika berlaku sekurang-kurangnya 1 daripada yang berikut:
mual atau muntah
sensitif terhadap cahaya atau bunyi

3. Jika ia berlaku di antara 4 hingga 72 jam jika tidak dirawat
Jika anda mempunyai kriteria-kriteria ini, maka berkemungkinan besar anda mengalami migrain. Tetapi adalah lebih baik untuk anda mendapat nasihat doktor untuk mengetahu sama ada ia benar-benar migrain, dan sama ada biasa atau teruk.

5. Aspirin 1000mg berikan kelegaan 50%
aspirin 1000mg berikan kelegaan 50 10 fakta tentang migrain yang anda perlu tahu
Kajian klinikal menunjukkan bahawa dos maksimum aspirin iaitu 1000mg memberikan kelegaan sekitar 50% sahaja kepada penghidap migrain.
Jawatankuasa pakar dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mencadangkan aspirin sebagai pilihan ratawan pertama bagi pesakit migrain.

6. Wanita lebih berisiko diserang migrain


wanita lebih berisiko tinggi diserang migrain 10 fakta tentang migrain yang anda perlu tahu


Tiada kesaksamaan jantina apabila berkenaan dengan migrain. Kenapa wanita lebih banyak mengalami migrain daripada lelaki?

Dikatakan bahawa perubahan hormon ketika berlakunya haid adalah pencetus terbesar migrain terhadap wanita.

7. Kerap berlaku di antara usia 35 hingga 45 tahun

Daripada seluruh populasi pesakit migrain, ia lebih kerap beralku kepada mereka yang berumur 35 hingga 45 tahun. Selepas atau sebelum usia ini, ia mungkin lebih rendah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan dalam laporan bahawa migrain kurang didiagnos, dirawat dengan teruk dan diuruskan dengan teruk.

Maka tak hairanlah ramai daripada pesakit migrain terseksa disebabkan penyakit ini kerana pengurusan yang teruk.

8. Pengambilan ubat berlebihan membawa masalah
ambil ubat berlebihan undang risiko 10 fakta tentang migrain yang anda perlu tahu
Pengambilan ubat berlebihan berlaku apabila pesakit memakan ubat terlalu kerap kerana tidak berasa perubahan kepada migrain. Ia akan menambah lagi sakit kepala sedia ada, dirujuk kepada sakit kepala disebabkan oleh ubat atau “rebound headache”.

Ia sangat tidak menyenangkan dan tidak ada jalan mudah. Jika anda mengambil ubat tahan sakit anti keradangan untuk 15 hari atau lebih dalam sebulan, maka anda berisiko tinggi.

Jika anda mengambil ubat yang lebih kuat seperti Triptan untuk 10 hari atau lebih dalam sebulan, maka anda juga berisiko.

Berhati-hati tentang perkara ini kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala kronik setiap hari. Dan dalam kes yang lebih teruk, ia menyebabkan migrain harian.

9. Tekanan adalah pencetus migrain yang paling biasa


tekanan adalah pencetus migrain yang paling biasa 10 fakta tentang migrain yang anda perlu tahu


Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada serangan migrain. Antara faktor yang paling biasa berlaku adalah tekanan.

Tekanan bukan sahaja datang daripada hari kerja yang sibuk. Ia juga boleh jadi tekanan daripada lambat makan malam, bimbang tentang sesuatu, emosi yang kuat atau terlalu banyak makan secara sekaligus.

Jika anda melakukan sesuatu dan ia menyebabkan migrain, maka ia mungkin faktor penyebab kepada migrain dan kurangkan daripada melakukannya pada masa akan datang.

10. Migrain boleh diuruskan

migrain boleh diuruskan 10 fakta tentang migrain yang anda perlu tahu
Migrain bertindak balas terhadap pelan rawatan yang berkesan yang menangani pencetus perilaku dan gaya hidup serta penyebab untuk meminimumkan kekerapan dan tempoh serangan migrain.

Pelan migrain lengkap yang merangkumi perkara-perkara ini memberikan peluang yang lebih kepada anda untuk mengawal dan mengurangkan serangan migrain.

sumber:  iluminasi

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post