"Kerajaan Perlu Pertimbangkan Tandas Untuk Golongan Seperti Kami (Transgender)” - Nisha Ayub

"Kerajaan Perlu Pertimbangkan Tandas Untuk Golongan Seperti Kami (Transgender)” - Nisha Ayub

Aktivis lelaki transgender, Nisha Ayub meminta kerajaan mempertimbangkan kewujudan tandas untuk golongan Transgender.

"Kerajaan Perlu Pertimbangkan Tandas Untuk Golongan Seperti Kami (Transgender)” - Nisha Ayub
"Kerajaan Perlu Pertimbangkan Tandas Untuk Golongan Seperti Kami (Transgender)” - Nisha Ayub

Dalam pertemuannya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa di Kompleks Islam Malaysia semalam, Nisha menjawab persoalan mengenai penggunaan tandas awam untuk lelaki dan wanita bagi golongan seperti mereka.

ARTIKEL MENARIK: Doktor Tulis Surat Terbuka Kepada Anak Mahathir Bakal Dikenakan Tindakan


”Saya rasa masyarakat perlu diberi kesedaran tentang kewujudan golongan seperti kami. Jika kami tidak diberikan kebenaran untuk menggunakan tandas oleh para wanita di luar sana, adakah kerajaan boleh memberikan kami satu tandas khas?,” soalnya.

mujahid%2Bnisha.jpg

Pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bersama Nisha Ayub semalam.

Nisha turut menegaskan dirinya bukan ikon komuniti LGBT sebaliknya hanya seorang aktivis yang memperjuangkan nasib golongan mak nyah yang sering disisihkan selain memberi galakan agar mereka meninggalkan ‘industri seks’.


Dalam pertemuan itu juga Mujahid mengatakan tidak ada salahnya jika golongan ini menggunakan tandas wanita jika penampilan mereka seperti wanita. Ini kerana, jika mereka masuk ke tandas lelaki takut terjadi apa-apa yang tidak elok walaupun mereka sebenarnya ialah lelaki.

Dalam pada itu, Mujahid meminta masyarakat agar tidak merumuskan pertemuannya dengan wakil komuniti transgender itu adalah isyarat beliau bersetuju dan mengiyakan perjuangan dan perbuatan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).



Pertemuannya dengan Nisha adalah atas permintaan lelaki transgender itu dan beliau menerima kehadiran Nisha bagi menyelami serta memahami isu berkaitan transgender, khususnya peranan institusi agama dalam menangani permasalahan berkenaan.

“Pertemuan itu lebih kepada perbincangan bagaimana untuk mengatasi masalah diskriminasi terhadap golongan mak nyah serta bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi mereka termasuk penghayatan soal-soal agama dan beribadat secara khusus”, katanya.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata pihaknya tidak boleh mengamalkan sikap pilih kasih dalam menjalankan kerja-kerja dakwah seperti mana Islam tidak menggalakkan umatnya menyakiti manusia yang lain.

Beliau berkata perkara paling utama perlu dilakukan ialah menghapuskan budaya benci dan diskriminasi kepada komuniti tersebut terutamanya di tempat kerja serta di tempat-tempat awam.

“Hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan,” katanya.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post