Doktor Tulis Surat Terbuka Kepada Anak Mahathir Bakal Dikenakan Tindakan

Doktor Tulis Surat Terbuka Kepada Anak Mahathir Bakal Dikenakan Tindakan

Seorang pegawai perubatan yang menulis surat secara terbuka kepada aktivis, Datin Marina Mahathir pada Isnin lalu berdepan tindakan tatatertib selepas tindakannya diadukan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA).

Doktor Tulis Surat Terbuka Kepada Anak Mahathir Bakal Dikenakan Tindakan
Doktor Tulis Surat Terbuka Kepada Anak Mahathir Bakal Dikenakan Tindakan

Perkara itu dimaklumkan Ketua Muslimat Pas Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusoff melalui satu kenyataan hari ini.

Menurut Siti Zailah, Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) itu hanya menyatakan kebimbangan sekiranya gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) itu dibiarkan berleluasa.

ARTIKEL MENARIK: Saya bagi ‘wang percuma’ pada rakyat hasil GST! Najib sekolahkan Mahathir kaw-kaw


Malah Ahli Parlimen Rantau Panjang ini juga menegaskan Dr Nur Ilyani tidak seharusnya dikenakan tindakan.

marina-mahathir-720x425.jpg

“Kelantangan beliau menggusarkan pihak tertentu sehingga tindakan beliau telah diadu kepada BPA yang menggesa agar beliau dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak majikan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kami menggesa kerajaan agar tiada sebarang tindakan tatatertib mahupun apa-apa tindakan pentadbiran diambil ke atas beliau kerana kami percaya aduan tersebut tidak berasas dan merupakan satu usaha menyekat hak beliau untuk menyatakan pandangan secara terbuka,” katanya.

Isnin lalu, Dr Illyani memuat naik surat terbuka buat Marina di Facebooknya yang menyentuh soal hak kesamarataan yang disebut anak perdana menteri itu untuk golongan LGBT namun status itu dikeluarkan daripada Facebook dikatakan kerana melanggar standard komuniti laman sosial berkenaan.

Dalam pada itu, Siti Zailah berkata Dr Nur Illyani melahirkan kebimbangan mewakili suara majoriti rakyat di negara ini.

“Dalam surat terbuka tersebut, beliau secara jelas telah menyatakan bahawa dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor, pesakit LGBT tetap akan diberikan rawatan terbaik.

“Sikap ini adalah selaras dengan profesion kedoktoran yang disandang dan menunjukkan sikap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan kewajipan beliau.


“Dalam hal ini, sebagai seorang rakyat Malaysia, bahkan mewakili suara majoriti rakyat Malaysia dan polisi semasa negara, saya percaya beliau dijamin hak menyuarakan pandangan secara bebas dan terbuka,” katanya.

Katanya, Muslimat Pas bersoladiriti terhadap prinsip yang diperjuangkan Dr Nur Ilyani dan menyeru seluruh rakyat Malaysia dan NGO yang berpegang pada prinsip yang sama turut menyatakan sokongan.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post