“Kejadian itu menyebabkan ibu saya tersepit dan saya menyuruh pemandu bas terbabit turun dari kenderaannya, tapi dia melarikan diri…” – Pemilik gerai burger berani dedah perkara sebenar ketika kejadian

KUALA LUMPUR 17 Ogos – “Saya tidak membawa sebarang senjata termasuk pedang samurai dan kayu ketika mengejar suspek”. Itu luahan pemilik kedai burger, Muhammad Nurazri Mohd Arip, 22, ketika menceritakan apa yang berlaku mengenai kejadian bas RapidKL yang menyebabkan kedai miliknya dilanggar dan beberapa kenderaan awam malam tadi yang turut dirempuh.

“Kejadian itu menyebabkan ibu saya tersepit dan saya menyuruh pemandu bas terbabit turun dari kenderaannya, tapi dia melarikan diri…” – Pemilik gerai burger berani dedah perkara sebenar ketika kejadian
“Kejadian itu menyebabkan ibu saya tersepit dan saya menyuruh pemandu bas terbabit turun dari kenderaannya, tapi dia melarikan diri…” – Pemilik gerai burger berani dedah perkara sebenar ketika kejadian

Menurut Muhammad Nurazri, ketika kejadian dia berada di rumahnya dan mendengar hentaman kuat lantas bergegas ke gerainya.

“Kejadian itu menyebabkan ibu saya tersepit dan saya menyuruh pemandu bas terbabit turun dari kenderaannya dan berunding secara baik namun berlaku sebaliknya.

“Dia menurunkan kesemua penumpang di pondok bas hadapan dan melarikan diri. Dia turut menghulurkan isyarat tangan agar mengejarnya seperti seakan-akan mengajak untuk berlumba.

ARTIKEL MENARIK: “Berlaku tepi kereta”-, Pelakon Terkenal Syatilla Melvin sempat rakam detik pemandu bas RapidKL dibelasah. Ini apa yang beliau sempat rakam

“Saya dan tiga orang lagi rakan sehelai sepinggang mengejar pemandu bas, saya tidak membawa sebarang senjata seperti yang dilaporkan di media sosial kecuali telefon bimbit,” ujarnya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Semalam, sebuah video tular dalam media sosial malam tadi menunjukkan seorang penunggang motosikal mengejar sebuah bas henti-henti.

Menerusi rakaman itu, bas terbabit dilihat berada dalam keadaan laju dan dipandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan.

Malah pemandu berusia 32 tahun dikatakan mengalami kecederaan dan dalam keadaan separa sedar kini menerima rawatan di Hospital Ampang.

Menurut Muhammad Nurazri, apabila pemandu bas berkenaan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan, orang awam menangkapnya termasuk memukul suspek.

“Saya tidak sempat berbuat apa-apa kerana apabila sudah sampai di tempat kejadian orang awam sudah pukul dia memandangkaan cubaan dia melarikan diri,” ujarnya yang sudah berniaga burger selama enam tahun.

Malah dia turut menafikan bahawa, hampir kesemua penduduk flat kediamannya turun padang mengejar suspek pemandu bas berkenaan.

“Saya berempat termasuk saya sahaja yang mengejar pemandu berkenaan, tidaklah sampai semua penduduk,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Kredit : theexpressviral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post