Ibu tunggal disamun, dirogol dalam semak

Ibu tunggal disamun, dirogol dalam semak

IBU tunggal bukan sahaja disamun sehingga wang tunai dan telefonnya hilang, malah dirogol di kawasan semak di Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera, di Kota Kinabalu, kelmarin.

Ibu tunggal disamun, dirogol dalam semak
Ibu tunggal disamun, dirogol dalam semak


Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia 38 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di perumahan tidak jauh dari lokasi kejadian.

Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa dikatakan diturunkan oleh rakannya di Jalan Sulaman dan berjalan pulang ke rumah seorang diri sebelum ditegur oleh seorang lelaki menunggang motosikal namun tidak diendahkannya.

ARTIKEL MENARIK: Polis syak Nazrin mati dibunuh


“Tidak lama selepas itu, lelaki itu datang semula bersama tiga lelaki menaiki dua motosikal lalu menahan dan membawa mangsa ke kawasan semak.

“Mangsa cuba melawan namun salah seorang suspek mengacu sebilah pisau ke arah leher mangsa dan memintanya tidak membuat bising,” katanya.

Sumber berkata, salah seorang suspek kemudian merogol mangsa, manakala rakan suspek memegang sambil melihat mangsa dirogol.


“Mangsa tidak mampu berbuat apa-apa dan semua suspek kemudian melarikan diri dari lokasi termasuk melarikan beg berisi dokumen penting, wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Siasatan masih diteruskan dan polis sedang mengesan semua suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Kredit : Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post