Heboh Kebencian Netizen Dengan Watak Husna. Inilah Dia Penulis Novel ‘Jangan Benci Cintaku’. Bukan Biasa2 Rupanya.
Heboh Kebencian Netizen Dengan Watak Husna. Inilah Dia Penulis Novel ‘Jangan Benci Cintaku’. Bukan Biasa2 Rupanya. |
“SAYA tak sangka drama Jangan Benci Cintaku (JBC) jadi trending dan sejak itu saya terima pelbagai reaksi daripada penonton,” kata penulis novel JBC, Emelyne Bani Anak Jam, 32, ketika ditemui di Kota Kinabalu, semalam.
Emelyne atau lebih dikenali dengan nama pena Emy Roberto berkata, novel itu dihasilkan pada tahun 2012 dan baru diadaptasi sebagai drama yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia 7 malam.
ARTIKEL MENARIK: (VIDEO) "Alhamdulillah Selepas Setahun Menyimpan, Saya Dapat Hadiahkan Kereta Itu Kepada Ayah," Emma Beri Kejutan Hadiah Kereta Mercedes Kepada Ayahnya..
Penulis kecil molek berasal dari Bintulu, Sarawak ini aktif menulis sejak di universiti, namun apa yang lebih mengejutkan, Emy sebenarnya adalah doktor yang bertugas di bahagian Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2), di sini.
Menurut Emy, kesibukannya dengan tugas harian sebagai doktor tidak membataskan waktu untuk menghasilkan novel sesuai dengan citarasa pembaca.
“Ia bermula dengan minat membaca dan ketika itu didorong oleh suami, kenapa tidak saya hasilkan bahan bacaan sendiri.
“Sejak itu, saya mula menulis di blog yang diwujudkan oleh suami dan akhirnya dapat menghasilkan novel. Setakat ini, sudah lapan buku saya tulis dan JBC dihasilkan ketika saya berada di tahun akhir dalam pengajian dalam bidang perubatan.
“Kebanyakan idea untuk menghasilkan buku adalah hasil inspirasi daripada kehidupan umum masyarakat kita. Memang ada terjadi, namun bukan membabitkan mereka yang hidup atau mati,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.
Katanya, dia tidak menyangka drama JBC menjadi fenomena sehingga penonton terbawa-bawa kisah itu, malah tanda pagar ‘#teamhusna’ ‘#teamfiqa’ dan ‘#teamshah’ diwujudkan di laman sosial.
“Saya hanya menyedari ia menjadi trending apabila masuk minggu kedua drama itu ditayangkan. Selepas itu, ada penonton beri reaksi menyatakan cerita ini klise, marah kenapa Husna (satu daripada watak dalam drama) begitu dan sebagainya.
“Tetapi bagi saya, pelakon harus diberi kredit kerana mereka berjaya membawa watak itu sehingga mencetuskan trending,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung jalan cerita novel itu, Emy berkata, dia sebenarnya ingin menyampaikan kepada masyarakat bahawa kisah rumah tangga seperti itu wujud.
Dalam drama terbabit boleh dilihat bagaimana Rafeeqa (Zahirah Macwilson) menyelesaikan masalah rumah tangga dengan Shahrizal (Saharul Ridzwan) yang diganggu orang ketiga iaitu Husna (Niena Baharun).
“Tidak semestinya imej dibawa Fiqa tidak baik dan tidak semestinya imej Husna yang bertudung adalah baik, itu yang saya mahu sampaikan kepada masyarakat,” katanya.
Tahu dengan ‘selera’ pembaca yang ingin jalan cerita berkisar cinta dan konflik keluarga menyebabkan Emy menghasilkan novel sesuai dengan cita rasa masyarakat.
“Kebanyakan buku dihasilkan untuk menarik pembaca adalah berbentuk percintaan dan konflik keluarga dan kini saya dalam perancangan menghasilkan satu lagi novel yang dijangka siap pada Mac depan untuk Pesta Buku Antarangsa Kuala Lumpur (KL).
“Buku JBC sudah dicetak beberapa kali sejak diterbitkan pada tahun 2013 melalui Penerbitan Idea Kreatif dan orang ramai boleh mendapatkannya atau buku lain menerusi pembelian secara atas talian di Penerbitan Idea Kreatif atau kedai buku berhampiran ,” katanya.
sila tonton video
sumber Hmetro
Post a Comment