(VIDEO) "Alhamdulillah Selepas Setahun Menyimpan, Saya Dapat Hadiahkan Kereta Itu Kepada Ayah," Emma Beri Kejutan Hadiah Kereta Mercedes Kepada Ayahnya..

(VIDEO) "Alhamdulillah Selepas Setahun Menyimpan, Saya Dapat Hadiahkan Kereta Itu Kepada Ayah," Emma Beri Kejutan Hadiah Kereta Mercedes Kepada Ayahnya..

KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong sanggup bekerja keras mengumpul wang untuk menghadiahkan sebuah kereta mewah sempena hari lahir ayahnya, Ismail Embong.

(VIDEO) "Alhamdulillah Selepas Setahun Menyimpan, Saya Dapat Hadiahkan Kereta Itu Kepada Ayah," Emma Beri Kejutan Hadiah Kereta Mercedes Kepada Ayahnya..
(VIDEO) "Alhamdulillah Selepas Setahun Menyimpan, Saya Dapat Hadiahkan Kereta Itu Kepada Ayah," Emma Beri Kejutan Hadiah Kereta Mercedes Kepada Ayahnya..

1.png

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 26, berkata dia sudah mengetahui keinginan ayahnya untuk memiliki kereta tersebut semenjak tahun lalu.


"Tahun lalu ayah ada naik kereta Mercedes milik kawan saya dan dia sangat suka dengan kereta itu. Tapi memikirkan harga agak mahal, ayah diam sahaja.

ARTIKEL MENARIK: Harta Dato Aliff Syukri Berharga RM1.8 Juta Hangus Dan Aliff Syukri Menangis Tak Berhenti


"Sejak itu, saya nekad bekerja keras untuk kumpul duit. Sepatutnya hari lahir ayah bulan April lalu tapi ketika itu wan simpanan saya tak cukup lagi.


6fc5a35cfd71446e9961c4745a9ff288.ashx?la
Emma beri kejutan hadiah kereta kepada ayahnya.

"Alhamdulillah selepas setahun menyimpan, saya dapat hadiahkan kereta itu kepada ayah,"kata Emma.

Emma ditemui di malam gala Anugerah Telenovela 2018 yang berlangsung di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), di sini pada Sabtu.


Sebelum ini, Emma ada memuat naik video kejutan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Mercedes sempena hari lahir ayahnya di laman Instagram pada Jumaat.


Dalam pada itu, Emma terkejut apabila dinobatkan menjadi Ratu Telenovela Serba Dinamik di malam gala Anugerah Telenovela 2018 pada Sabtu.

cd00b3a8275243f38b31b6257dd10a99.ashx?la
Emma merangkul dua trofi pada malam gala Anugerah Telenovela 2018.

Menurutnya, dia tidak menyangka akan memenangi anugerah tersebut selama dua tahun berturut-turut.

"Saya hadir malam itu hanya untuk memberi sokongan. Tidak menjangka sebarang kemenangan pun.


"Lagipun saya fikir, tak kanlah juri nak pilih saya lagi tahun ini sebab tahun lalu dah menang. Tambahan pula, ada ramai lagi pelakon-pelakon yang hebat.

"Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada semua juri kerana memilih saya," ujarnya.

Selain anugerah tersebut, pelakon drama Awak Suka Saya Tak ini juga meraih anugerah Pelakon Serba Dinamik dan Komited.

VIDEO:


A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on Jul 26, 2018 at 11:45pm PDT

Kredit: mStar Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post