SERAM. Gempar Penemuan Sungai Panas Yang Boleh Membunuh Apa Sahaja. Ini Teori Saintis.
Gempar! Penemuan Sungai Panas Yang Boleh Membunuh Apa Sahaja |
Baru ni dunia gempar dengan penemuan sebuah sungai yang mengalirkan air mendidih panas di Hutan Amazon dan boleh membunuh apa sahaja yang jatuh ke dalamnya. Ini hasil kajian saintis yang mengejutkan ramai. Tak sangka. Subhanallah.
ARTIKEL MENARIK: Tular Gambar Tun M jatuh tersungkur, rupa2nya ini perkara sebenar yang terjadi
MISTERI KEPANASAN MELAMPAU SUNGAI SHANAY-TIMPISHKA TERUNGKAI
SEBUT saja hutan hujan Amazon, pasti ramai membayangkan sebuah belantara tua yang dipenuhi spesies tumbuhan dan haiwan yang bervariasi, sekali gus menjadi kawasan yang paling banyak menyimpan misteri kepelbagaian biologi.
Kisah penemuan binatang buas paling besar, ular yang menelan manusia, kolam air beracun, serangga kecil yang mampu membunuh, mistik dari roh-roh keturunan manusia terawal dunia, hinggalah cerita ia hanya selamat dihuni oleh komuniti pribumi yang tidak terdedah kepada kemodenan asas – semua itu antara yang terlintas dalam fikiran.
Di dalam hamparan rimba berusia puluhan juta tahun itu yang merentangi sempadan banyak negara Amerika Latin antaranya seperti Brazil, Peru, Colombia dan Venezuela, sebenarnya ada satu lagi fenomena alam yang luar biasa.
Ia digelar ‘Sungai Mendidih’!
Pada awalnya, kewujudan sungai yang diberi nama Shanay-timpishka dalam bahasa tempatan itu dianggap sebagai mitos semata-mata. Kononnya ada sebuah sungai yang airnya panas, sentiasa diselaputi wap hangat sepanjang waktu hinggakan dari jauh kelihatan seperti belantara itu sedang diselubungi kabus tebal.
Ada juga di tempat tertentu sungai itu, seseorang dapat melihat kepulan-kepulan buih yang naik dari dasar sungai ke permukaan air.
Ia juga dijaga oleh pawang tempatan, yang menganggap sungai itu adalah anugerah Tuhan kepada mereka dan harus dipelihara daripada dicerobohi.
Ada juga cerita yang mengatakan barangsiapa, baik manusia atau haiwan, jika terjatuh ke dalam sungai itu, akan menggelupur kepanasan dan mati. Kalaupun yang jatuh itu manusia yang paling gagah, dia pasti keluar ke tebing dengan mengalami kesan lecuran peringkat dua atau tiga.
Ternyata, semua yang dikatakan itu bukan suatu dongeng atau pembohongan
Dalam jurnal National Geographic, diselitkan cerita daripada ahli geofizik Simon Worral dari Lima, Peru.
Menurutnya, kali pertama dia mendengar tentang sungai itu adalah ketika dia masih kanak-kanak menerusi cerita daripada datuknya.
Berpeluang kembali ke lokasi itu untuk kajian saintifik, Worral menceritakan tentang perjalanannya ke situ.
“‘Sungai Mendidih’ ini terletak di hutan Amazon dalam negara Peru, di tengah-tengah bahagian lembah belantara. Dari Lima, seseorang perlu menaiki pesawat ke bandar Pucallpa yang mengambil masa sejam.
“Dari Pucallpa, pergerakan beralih ke kenderaan pacuan empat roda selama dua jam untuk sampai ke Sungai Pachitea, iaitu cabang Sungai Amazon yang selebar 300 meter.
“Dari situ, perjalanan diteruskan dengan peke-peke iaitu kanu berenjin untuk meredah ke hulu selama 30 minit,” tulisnya.
Catatan Worral menyatakan, penyukat suhunya mencatatkan bacaan suhu air sungai di hilir hingga ke hentian terakhir bernama Mayantuyacu, meningkat dari 27 darjah Celsius hingga ke hampir 100 darjah Celsius!
Sementara itu, hutan di Mayantuyacu dihuni oleh dua komuniti pribumi dengan masing-masing diketuai oleh pawang. Pawang yang menyambut pengunjung akan menjelaskan bahawa ‘Mayantu’ bermaksud ‘roh hutan’ manakala ‘yacu’ bermaksud air.
Mereka juga percaya di hutan itu terdapat penguasa yang digelar ‘Yacumama’, iaitu ‘roh ular’ gergasi yang melahirkan air sejuk dan panas.
Kajian Saintifik
Aktiviti gunung berapi, tekanan sistem magma, dan kandungan sulfur tinggi adalah antara teori saintifik tentang fenomena tersebut.
Selain itu, saintis juga tidak menolak kemungkinan suhu panas itu boleh terjadi bukan akibat aktiviti volkanik, sebaliknya ia memang sumber air dari lapisan bumi paling dalam, yang terhambur keluar ke permukaan.
Keseluruhan sistem sungai ini adalah kira-kira 9 kilometer, namun cuma 6.24km di bahagian rendah sungai itu menunjukkan suhu panas.
Pada musim kering, air panas sungai itu mampu membunuh manusia, apatah lagi mamalia kecil, reptilia atau amfibia yang tidak sengaja terjatuh ke dalamnya.
Hari ini, pasukan saintis masih berada di kawasan tersebut untuk menjalankan pelbagai jurus kajian. Ia juga dikunjungi oleh pengembara yang mahu melihat sendiri keadaannya, namun mereka sentiasa diingatkan supaya menjauhi risiko.
Namun, hal yang paling menyedihkan adalah, sebahagian kawasan sungai itu terkeluar dari zon rizab perlindungan hutan hujan Amazon, sekali gus terdedah kepada ancaman pembangunan.
Sedangkan bagi komuniti asal Mayantuyacu, itu adalah tempat bersemadinya roh nenek moyang mereka, dan perlu dipertahankan. Jangan lupa SHARE artikel menarik ni ye. Terima kasih.
Video Penuh Misteri Penemuan Sungai Mendidih Di Peru. SUBHANALLAH.
Sumber: Malaysiakubaru via Astro Awani
Post a Comment