Equanimity tiba di Pelabuhan Klang

Equanimity tiba di Pelabuhan Klang

PELABUHAN KLANG: Kapal mewah ‘The Equanimity’ yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan 1MDB tiba di Boustead Cruise Centre di sini, pada jam 1 tengah hari tadi.

Equanimity tiba di Pelabuhan Klang
Equanimity tiba di Pelabuhan Klang

Kapal itu berlabuh di jeti berkenaan selepas dikatakan berlayar selama hampir 20 jam dari Batam, Indonesia.

Tinjauan NSTP mendapati tiga kapal Pasukan Polis Marin (PPM) turut mengiringi kapal mewah itu.

Sepasukan pegawai dan anggota daripada pasukan khas Jabatan Peguam Negara turut menunggu kapal itu bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

ARTIKEL MENARIK: Budak 7 tahun maut tercekik buah rambutan


Difahamkan, sejurus selepas pemeriksaan itu selesai, satu mesyuarat khas akan diadakan.

Ia dikatakan turut membabitkan penjualan atau lelongan kapal berharga RM1 bilion milik ahli perniagaan Low Teak Jho atau Jho Low itu.

Kawasan jeti itu dikawal ketat kira-kira 50 pegawai dan anggota PPM Selangor.


Kapal mewah itu dipercayai akan diletakkan sementara di jeti berkenaan sehingga arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara.

Difahamkan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan turut meninjau kapal berkenaan dalam masa terdekat.

NSTP sebelum ini melaporkan kerajaan Indonesia menyerahkan kapal itu kepada kerajaan Malaysia atas permintaan Dr Mahathir, ketika kunjungannya ke negara berkenaan pada Jun lalu.

Semalam, Dr Mahathir, dalam kenyataannya melalui akaun Facebook miliknya, berterima kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo, dan pihak berkuasa Indonesia kerana menyerahkan kapal mewah berkenaan.


Sabtu lalu, Reuters melaporkan satu keputusan sudah dipersetujui antara Malaysia dan Indonesia bagi membolehkan kapal itu diserahkan kepada Malaysia susulan permintaan yang dibuat oleh Dr Mahathir.

Pada Februari lalu, kapal itu dirampas dan disita pihak berkuasa Indonesia atas permintaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bagi membantu siasatan berhubung skandal penyelewengan 1MDB.

Mahkamah Indonesia bagaimanapun memutuskan tindakan menyita adalah salah dan harus diserahkan pada Jho Low, namun ia sekali lagi disita atas permintaan rasmi Amerika Syarikat, awal Julai lalu.

Kementerian Kewangan merancang untuk menjual kapal itu dengan harga tertinggi supaya Malaysia beroleh kembali kira-kira AS$250 juta (RM1 bilion).

ARTIKAL BERKAITAN :
Rampasan Equanimity. Harga Yang Ditawarkan Oleh Lim Guan Eng Buat Rakyat Terkedu

Kredit : Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post