KUALA TERENGGANU – Seorang tukang rumah didenda RM2,400 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Syariah Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku salah berkhalwat dengan seorang tukang urut wanita bukan beragama Islam, pada 1 Januari lalu.
Dua lelaki berstatus suami khalwat dengan tukang urut |
Lelaki berusia 33 tahun yang sudah berkahwin mengaku berkhalwat dengan tukang urut tersebut di sebuah premis di Jalan Kampung Dalam, di sini, kira-kira jam 2.50 petang, pada 1 Januari lalu.
Dia yang beralamat dari Kampung Laut, di sini, mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
ARTIKEL MENARIK: ‘Pondan’ Dipenjara 70 Tahun Rogol Budak Perempuan 10 Tahun Dalam Tandas
Berdasarkan fakta kes, serbuan berwaran oleh sepasukan Penguatkuasa Syariah Kuala Terengganu dilakukan di premis berkenaan selepas menerima maklumat awam dan risikan.
Semasa serbuan, didapati pintu utama di bilik nombor satu ditutupi dengan tirai sebelum anggota bertindak menyelak tirai dan ternampak seorang lelaki yang hanya berseluar dalam bersama seorang wanita berada di dalam bilik.
Siasatan mendapati kedua-duanya tiada hubungan suami isteri ataupun mahram, bagaimanapun wanita tersebut tidak diambil tindakan lanjut kerana bukan beragama Islam.
Di mahkamah sama, seorang kru kapal turut berdepan nasib sama apabila dijatuhi hukuman denda RM2,400 atau sebulan penjara selepas mengaku berkhalwat dengan seorang tukang urut wanita.
Lelaki berusia 32 tahun dan berstatus suami orang mengaku berkhalwat di sebuah premis di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, kira-kira jam 2.45 petang, pada 1 Febuari lalu.
Berdasarkan fakta kes, serbuan berwaran dilakukan di premis tersebut dan semasa berada di hadapan salah sebuah bilik, didapati pintunya ditutupi dengan tirai.
Selepas bertindak menyelak tirai tersebut, didapati lelaki yang beralamat dari Kemaman itu sedang berbaring di atas tilam dalam keadaan tubuhnya hanya ditutupi dengan sehelai tuala bersama seorang wanita.
Siasatan mendapati mereka berdua tiada hubungan suami isteri yang sah ataupun mahram, namun wanita itu tidak diambil tindakan lanjut kerana bukan beragama Islam.
Kedua-dua kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Nurul Hajja Mustafa di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kuala Terengganu.
Kredit : Wowberita
Post a Comment